Thursday, December 30, 2010

kelam kabut vs steady


alhamdulillah..

skrg dah rasa bahang2 'bz' tuk sem2 ni..
dah start wat assignment,
dah start kne baca semua jenis buku..
dah start wat discussion!

so jgn kelam kabut! stay steady n cool ya..!

buku2 yg wajib dihadam sampai hancur! nak2 part theory!! kak ziah dah pesan td suh cair smua theory...huaaa


semoga
saya,awak dan kamu tabah2 sentiasa ya!

dan
skrg gak duk sibuk training tuk University Sport Carnival..
as usual, aku join ping-pong..
ingat dah nk bersara,tgk2 junior pujuk suh masuk again..
so..
do our best ya for team nusaibah!

buat awak yg nk 'berlawan' ngn saya..
tunggu! ;)
tp for sure la kan sy kalah..
ustaz kata kne tinggal space tuk saya menang..skali pon jadi la kn??heee

yg paling mencabar,
kne wat proposal tuk group counseling
kne cari clients..
aku n my partner nik dipilih tuk lead as a first group!!!
ngaaaa
smoga sgalanya berjalan lancar
go go girl!!

~manage time wisely..
~slalu doa kat Tuhan mintak kekuatan, sbb Dia Maha memberi kekuatan..
~semoga terus tabah!
~NAK G AUSTRALIA!!

rindu sama budak ini!!!

~ 3 weeks to go! pastu leh la cubit2 budak ini..ok!

tuk korang
May Allah Bless us forever!

good luck!


Sunday, December 26, 2010

menjemput bidadari

alhamdulillah..
25-26 Dis 2010
weekend yg memenatkan..
tapi fun!
abis je program trus demam!
bergelak ketawa smbil mengambil iktibar dari cerita2 mereka..

join kursus kawin mmg enjoy!
nak2 tang ustaz wat lawak abis..bergegar otak aku ni ha duk gelak2
sampai sakit kepala dibuat nya..

byk sgt dpt input dari ustaz2 JAIS, buat hati aku meronta2
"nak kerja kat majlis agama boleh?"
"nak involve ngn family counseling"
"stuju sgt2!"
huaaa.
"tgk la,final year hantar resume kesana,tgk rezeki "

=)

dah ready ke nk melangkah ke 'alam' tu??
ntah..
byk ag yg kne pikir
lau stakat masak air tu pandai la..
lau stakat nk abiskan duet org tu boleh la..
tp
nak jdi seorg isteri,nk jadi seorang ibu..byak lagi kne blajar..byak lagi kene gali..

insya allah tiba masanya,bersatu la jua kan..

once dah kawen mawaddah wa rahmah tu pasti akan muncul..
hidup aman bahagia =)

ustaz kata kat smua org dalam hall
"sijil dah dapat,si lelaki leh la amik borang cepat2,dua hari je lagi leh akad terus."
heee
ustaz ni kawen koboi ke ape?
=p

xpe
xya rushing2
hormat kputusan parents
stdy lu smpai abis..
grad 1st class level..
kerja best2..
pastu fly g australia k?!
nak pergi!!
(opsss,pasport xjumpe ag ni..mn nk cari??sobssss)

lagu ni wujud dlm Versus..
suke dengar!
sgt2 suka!



"rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurratu a'ayun,waja'alna lil muttaqina imama"



Menjemput Bidadari:
( Epicentrum)



Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

p/s: sabar sabar sabar..syurga syurga syurga ;)







Friday, December 17, 2010

berpolitik

from here:

Dengan pendedahan WikiLeaks baru-baru ini, nampaknya bukan sahaja faktor dalaman, malah faktor luaran yang terkena masanya juga akan menjadi elemen penting dalam menukar momentum BN dan PR menjelang PRU-13.

Namun segalanya belum terlambat bagi PR kerana angin perubahan dan momentum politik kedua-dua belah masih boleh berubah secara ketara dalam masa 3 bulan ini bergantung kepada isu-isu semasa.

Untuk menang dalam satu-satu peperangan, adalah mustahak bagi seseorang itu untuk mengetahui musuh dia secara mendalam terlebih dahulu. Selepas itu, barulah seseorang itu menilai apakah senjata yang berada di tangan, dan bagaimanakah ia seharusnya digunakan untuk menyerang kelemahan pihak lawan.

Bab menyerang ini pula ada pelbagai cara, contohnya seseorang boleh menyerang secara depan untuk mengalih pandangan supaya pasukan penghendap boleh menembusi tembok lawan melalui pintu yang lain.

Ataupun seseorang boleh menghilangkan arah tuju serangan lawan dengan melakukan beberapa tindakan yang tidak disangka dan mengelirukan sambil menunggu peluang untuk melakukan serangan padu maut.

Segala strategi bergantung kepada kebijaksanaan penasihat-penasihat masing-masing.

Apakah serangan utama BN pada PR?

Rasuah dan berkroni?

Tidak, kerana ini akan terpalit pada diri sendiri kerana di dalam kamus rakyat jelata, perkataan BN adalah sama sinonimnya dengan perkataan korupsi dan kronisme, jadi isu ini tak akan dapat pergi jauh.

Penyelewengan?

Tidak, kerana ramai lagi Khir Toyo di dalam BN yang tidak didakwa, dan BN sendiri pun sedar, dalam pandangan rakyat jelata, mahkamah dan hakim ini ‘makan gaji kerajaan’ juga.

Kerajaan PR lebih teruk?

Lagilah tidak, siapa yang tak tahu kerajaan negeri kawalan mereka jauh lebih teruk. Tanyalah orang negeri Pahang, negeri Perdana Menteri, sehinggakan pemandu teksi pun kata tak dapat cari makan ditambah pula dengan harga barangan terus meningkat.

Isu PR mengkhianati Melayu?

Inilah satu-satu laungan BN untuk menakutkan orang Melayu daripada PAS, terutamanya. Namun isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan adalah senjata yang dihadiahkan BN kepada PR untuk mematahkan serangan ini.

Di sini, PR juga harus mengeluarkan satu manifesto – bagaimana orang miskin yang berpendapatan RM 2,000 di bawah akan dibantu sekiranya PR berkuasa di negeri-negeri PR, BN dan juga Putrajaya juga.

Isu mengkhianati Melayu juga meliputi isu Timbalan Perdana Menteri yang diolah Umno. Sebenarnya isu ini senang dijawab, PR akan wujudkan lebih daripada satu jawatan timbalan perdana menteri, akan tetapi salah satu jawatan itu akan diwajibkan kepada seorang pemimpin MUSLIM.

Isu kerjasama DAP-PAS?


Di sini, BN dan MCA balik-balik hanya akan menggunakan skrip lama isu negara Islam. Padahal mantan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kata Presiden MCA sekarang menyokong Ketuanan Melayu secara senyap-senyap lagilah menampakkan hipokrisi MCA dengan Umno.

PAS kerjasama dengan pemimpin DAP yang sanggup pergi penjara demi menjaga maruah seorang perempuan Melayu dan sekurang-kurang sanggup belajar membaca ayat Quran untuk mendekati pengundi Melayu walaupun mereka tidak dapat lagi menerima Islam sepenuhnya.

Umno pula sanggup bekerjasama dengan pemimpin MCA yang telah terang-terang mengaku berzina di dalam video dan sering kali menghina Islam. Jadi tak susah untuk PR membalas isu ini.

Isu Anwar dan PKR

Memandangkan banyak isu yang tidak boleh diserang BN, jadi apakah cara yang tengah difikirkan BN untuk melumpuhkan PR?
Tidak lain tidak bukan – pisau BN akan terus menghala ke Datuk Seri Anwar Ibrahim and PKR.

Mengapa?


1. BN yakin Anwar ialah ‘elephant glue’ untuk PKR, PAS dan DAP untuk bersama. BN juga yakin bahawa PAS dan DAP akan bercerai talak satu sekiranya Anwar hilang kredibilitinya.

2. BN yakin kerana mereka tidak nampak sesiapa pun di dalam PR dan juga DAP, PAS dan PKR yang boleh menggantikan Anwar buat masa ini.

Disebabkan keyakinan di atas, BN telah merumuskan bahawa mereka hanya memerlukan ‘satu projek’ saja untuk menumbangkan PR, iaitu asalkan mereka dapat menjatuhkan Anwar, PR akan lumpuh dengan sendirinya tanpa perlu mereka melakukan sesuatu.

Oleh itu, segala jentera yang boleh dicapai BN - media, polis, mahkamah dan pendakwaraya telah dikerah untuk memastikan ‘projek’ itu berjaya kerana tiada cara lain untuk menumbangkan sebuah pembangkang yang utuh kerana ketiga-tiga parti komponen yang membela antara satu lain dan tidak dapat dibuktikan oleh institusi di bawah pengajian mereka iaitu SPRM dari segi rasuah, penyelewengan dan juga kronisme.

Bayangkan betapa ‘frustnya’ BN dalam menghalang kemaraan PR.

Jadi bagaimana PR harus mematikan serangan BN ini atau sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan pada Anwar supaya PKR boleh bernafas dan memokuskan kembali kepada tugas-tugas reformasi?

Bertambah perit sekarang ialah, PR tidak boleh menafikan bahawa pemilihan PKR yang bising juga telah meluaskan ruang BN untuk menyerang Anwar dan PKR.

BN sedang menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menenggelamkan semua isu nasional seperti kenaikan harga minyak dengan melemaskan rakyat dengan berita negatif Anwar dan juga PKR. Dan secara jujur dinyatakan di sini, serangan bersepadu BN telah menyebabkan PR dan persepsi rakyat terhadap PR sedikit sebanyak bergoyah.

Namun seperti yang dinyatakan, segalanya masih belum terlambat. Berikut adalah cadangan-cadangan drastik untuk dipertimbangkan ketiga-tiga pihak.

1. Namakan pengganti Anwar secepat mungkin. Dalam erti kata lain, who’s second in command after Anwar in PR and PKR?

2. DAP dan PAS duduk berbincang dan selesaikan masalah negara Islam… sebolehnya –

a. Jika PAS dan PR mendapat persetujuan daripada rakyat, 2/3 majoriti di Parlimen dan persetujuan Yang Di Pertuan Agong untuk melaksanakan konsep negara Islam satu hari nanti, DAP akan tidak akan menolak cadangan PAS untuk melaksanakan dasar Islam yang dihasratkannya.

b. Jika tidak, PAS terpaksa pendamkan hasrat sehingga ia mendapat sokongan majoriti rakyat dan 2/3 majoriti di Parlimen yang yakin dengan konsep negara Islam yang dibawanya.

c. Sehingga hari itu terjadi, DAP tidak boleh membidas PAS atas soal perjuangan Islam, dan PAS juga tidak boleh membidas DAP atas perjuangan sekularnya dan kekal kukuh bersama Pakatan Rakyat sampai bila-bila masa.

Persetujuan ini harus didedah kepada umum.

3. Untuk PKR, puteri reformasi, Nurul Izzah Anwar harus dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang bagi pihak PKR di Parlimen untuk membahagikan tugas ayahnya di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.

Anwar harus dilindungi dengan cara berundur daripada menjadi ‘kepala pencetus isu nasional’ kepada perancang strategi PKR dan memperkukuhkan jentera pilihanraya untuk PR dalam masa 3 bulan ini.

BN hanya boleh menyerang pada pemimpin-pemimpin yang mencetuskan isu-isu di Parlimen, dan serangan-serangan pada Anwar akan diminimakan untuk tertumpu pada kesnya di mahkamah.

Dengan ini, PKR boleh bergerak dalam dua arah – satu menjawab tuduhan kes Anwar dan satu lagi menyerang BN yang diketuai Nurul yang jauh lebih baik berbanding daripada keadaan sekarang di mana semua tertumpu untuk menjawab serangan pada Anwar.

Isu PR sama seperti BN

Isu 2 kali 5 ini juga telah mengubah persepsi rakyat terhadap PR. Selain cadangan lepas untuk menonjolkan kelebihan PR berbanding BN menggunakan media baru PR, ada satu lagi cara untuk menunjukkan perbezaan ketara PR dengan BN iaitu dengan memecahkan statistik pengundi mengikut umur, dan bukannya kaum seperti yang suka diberikan SPR.

Di sini, PR mungkin kena melantik unit atau jabatan pilihanraya parti masing-masing untuk mengeluarkan statistik seperti di bawah:

Pecahan pengundi kawasan A versi BN dan SPR:

Melayu: 54.3%

Cina: 26.7%

India: 10 %

Lain-lain: 9%

Kepada

Pecahan pengundi kawasan A versi PR:

Umur:

55 ke atas: 15%

41-54: 20%

31-40: 30%

21-30: 35%

Semua parti komponen BN dipecah mengikut kaum, disebabkan itu SPR mengeluarkan data mengikut pecahan kaum.

Tapi di PR, kita menjunjung dasar masyarakat majmuk dan berbilang kaum di dalam satu parti – setiap kaum boleh memasuki mana-mana parti dalam PR, jadi PR harus menunjukkan perbezaan yang ketara ini dengan lebih drastik dari segi melihat statistik pengundi dari segi umur atau kategori lain yang lebih bersifat majmuk.

Cara ini juga akan dapat menonjolkan kelainan PR dari semua segi politiknya termasuk pentadbirannya kelak di mana soal kaum telah diabaikan secara tersendirinya.

Isu Third Force dan Zaid Ibrahim


Anggaplah Third Force sebagai kawan PR, dan PAS harus juga berkawan dengan Akim atau Kita, sekiranya betul Datuk Zaid Ibrahim akan mengetuainya. PKR tidak perlu berasa kecil hati dan harus berbesar hati dalam situasi ini kerana dalam dunia politik, lebih baik mempunyai seorang kawan lebih daripada seorang musuh.

Third Force yang diketuai Raja Petra dapat diserapkan sebagai satu komponen penyokong untuk PR dan penyengat pada BN sekiranya PR mencaturkan langkahnya dengan bijak.

Ya, PR mungkin terpaksa memberikan beberapa kerusi yang ditandinginya untuk Third Force, seperti PAS memberikan laluan untuk Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding di Pasir Mas, namun kelebihan daripada tindakan ini jauh melebihi keburukannya, kerana persepsi di mata rakyat akan berubah kerana PR akan dilihat ‘sanggup berubah’ demi mempertahankan rakyat daripada kerakusan BN.

Ingatlah, orang yang berjaya akan dapat melihat peluang di sebalik apa-apa kepincangan, sebaliknya orang yang akan gagal sentiasa nampak masalah di sebalik apa-apa yang berlaku.

Selamat berkonvesyen di Pulau Pinang. Selamat Maju Jaya.


*************************************************************************************

kpd sesape yg layak mengundi,sila la yer daftar mgundi cpt2..
satu undi SUNGGUH berharga!
ngundi tu satu tanggungjawab..
tanggung jwab tuk pilih pemimpin yg adil..
tanggungjwab tu satu amanah kan?

so..
jom gegarkan PRU nanti!!
(fuhhh bersemangat..!)


Monday, December 13, 2010

19.5ch

slm to all..

alhamdulillah..

sem ni akan dd tempuhi 19.5 credit hour..

chaiyook!

PUBLIC SPEAKING & CONTEMPORARY ISSUES 0.5
MORAL DEVELOPMENT FROM THE SOCIOLOGICAL PERSPECTIVE 3
INTRODUCTION TO MORAL PHILOSOPHY 3
COUNSELING LAB 2 3
PSYCHO-EDUCATIONAL & CONSULTATION 3
THEORIES OF PERSONALITY 3
ISLAM, KNOWLEDGE & CIVILIZATION 3
BAHASA MELAYU LANJUTAN 1


good luck tuk dak2 uia yg dah start sem baru..
n all the best gak tuk kengkawan yg ngah bercuti..
jgn bina lemak byak2 tau! haha
rajin2 nolong kat dapur ye..


=)



Monday, December 6, 2010

-1432-

Alhamdulillah
segala puji buat Mu..


SALAM MAAL HIJRAH!

berhijrah lah kerana Pencipta..bukan kerana benda yang dicipta..

jika anda seorang yang jahat,berhijrahlah ke arah yg baik..

jikan ada seorang yang baik,berhijrahlah ke arah yg lebih baik..

watever penghijarahan yang kita nk lakukan,pasang niat kerana Allah first..soon kita akan dapat hasilnya..


Dari Amirul mu'minin Omar ibn Al Khattab Dari Hafs telah berkata: " Aku Dengar Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam bersabda: " Setiap Perbuatan disertai dengan niat dan setiap orang apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya pada yang ia hijrahkan".

riwayat : Bukhari dan Muslim

******
semoga
saya
awak
dan
kamu

bersama2 berjaya menggapai azam baru..

all the best semua!!

*********
again!
Praise to Allah
sbb menghadiahkan aku rezekinya yg xterkata walaupun

sem 1 2010/2011 xsegah sem 1 2009/2010

aku jarang wat qiam,
aku xslalu puasa sunat,
xbuat solat sunat..
maathurat pon makin malas nk bc
quran?
selang shari bc..

tapi:
Dia masih melimpahkan rezekinya untuk aku..
Insya Allah..akan ku lakukan 'ia'!!!


result kuar arini
thanks God!
thanks to my umi coz xjemu2 doakan
walaupun sem ni sem paling 'taf'
dgn credit hour 20.5
dgn tugas2 MRC n subcom SRC
dd blh maintain kan result
alhamdulillah..
tapi
still kne kejar ag pointer!
nk grad ngn first class level t taun 2013 ni!
insya Allah..
semoga Allah permudahkan segala urusan..
chaiyyok!!

*********

kepada semua family members MRC Nusaibah..

catitan ini buat korang..

ikhlas dari dd..


thanks korang semua sebab yakin kan dd bahawa ngn join MRC, xkan jejaskan cgpa..
dd btol2 percaya!

ingat tak time MCLEAD dulu2 tu??
dd ada pas kan buku nota dd tuk korang tulis 'wasiat' tuk dd..
time tu org duk ceramah kat depan,kita duk 'chit chat kot kertas'
ingat lagi x?
time tu dd nerves dan cuaks teramat sgt..
sbb tensen ngn creadit hour yg byak..
tambah2 program tuk mahallah kita yg banyak..
dd risau sgt2 takot xley bhagikan masa ngn baik..

tapi..

korang
tetap xputus asa pujuk dan tulis kat dlm kertas tu
korang tulis yg positif2..
DAN
dd lega teramat!
lpas Mclead,time dd rasa down.dd belek balik n tengok apa yg korang tulis..
ALHAMDULILLAH..

thanks jugak korang sebab xjemu2 bagi tunjuk ajar untuk leadkan sesuatu program..
banyak,teramat banyak dan sungguh banyak benda baru yg dd belajar!

blajar jd Pm
blajar jd Apm
blajar jd Fc
blajar jd PC
blajar jadi Prep n Tech
blajar jd Pub n Pro..

dan
yang teramat penting..
dd dpt belajar mcm mn nak ikot arahan,nk bg arahan, deal ngn pihak atasan..
semua tu dd blajar dan still blajar..

dd mohon kemaafan..
dd akui,byak lubang2 yg xsempurna dari kerja yg dd buat..b'coz kengkadang i am a 'lacking' one..
tapi
korang yg keep remind me..dan ada yg smpai terpaksa buat tugasan dd tu(bcoz of my bad)
sory tau??
insya allah xkan berulang lagi..


kak zu: yang tegas tapi cool

kak fad:yang suke ngotnget ngn dd pasal Benz n abang =)

ira:yg xabis2 sakat suami kak didi tetapi setia ngn pen dia time meeting (setiausaha la katakan..)

kak dayah:yg slalu kelam kabut ttpi baik ati

kak teya:yg slalu blurr ttp ikhlas

kak wa:yg selalu positif dan rock xbertempat..oyeaaaah!!haha

kak ecah:yg slalu melaram ttp reti wat kerja

mas:yg??yang ape ye??yang ku cinta pada mu..haha.xah..yg slalu cepat touching ttp setia kawan

puteri:yg suke sakat org ttp sllalu bgi idea yg bernas

bie:yg slalu gelak xberhenti..tapi once dah dapat tugasan,"RELA KU DAKI TANGGA NUSAIBAH DGN PORTABLE YG BERAT!" RELA KU ANGKUT MAKANAN DARI AMEENAH KE NUSAIBAH BERJALAN KAKI MALAM2!~oitt,semua action ko ni diluar alam tahu x?heee)

nisak:yg slalu xjoin prog luar ttp setia dgn catering nya(ingat ag x,rela amik brg2 kat umah nisak time Nusfad tu?)


HAPPY JOIN :
mclead sama
new intake
bubur lambuk distribution
prog tuk brc
solat hajat
NUSFAD

dan teramat heppy time kat JENGKA!!

TERIMA KASIH SEMUA..
SAYANG KORANG!!
















Friday, December 3, 2010

..rasa itu..

Alhamdulillah atas semua kurniaan dari Mu..


rasa xpercaya!
rasa macam kilat je!
rasa mcm mimpi pon ada!

awak datang xdiundang
awak menapak xdiduga
awak hadir xterjangka

yup.
mulanya ingat awak main2
mulanya ingat awak acah
but
finally
011210
awak dah buktikan 'keberanian' itu..
terima kasih sangat2 sbb serius dlm hal ni

saya?
redha dan tawakkal..
b4 ni saya mmg doa byak2
smoga dipertemukan wif the right one yg betol2 'serius'
yg faham 'prinsip' saya.
Alhamdulillah u r the one. Insya allah.
DAN
saya akan tetap dan terus istiqamah untuk terus berdoa smoga segala2nya baik2..

untuk dapatkan yg terbaik,kita mesti jadi terbaik dulu kan?
sama2 kita tingkatkan ilmu dan amalan kearah itu..

doa tiap kali lepas solat..
solat hajat hari2..
puasa sunat if mampu..
qiam..

nk jadi terbaik!

jgn lupa..

pada DIA kita bergantung harap..

kita berdoa.berdoa.dan terus berdoa..

thank u Allah..

thanks awak

may Allah preserve and bless always!


(p/s: be ready,one fine day awak akan jadi imam)

=)














Wednesday, November 17, 2010

cerita raya saya..anda pula bagaimana?

-SALAM AIDIL ADHA-
10 zulhijjah 1431h


hari raya korban melambangkan dan mengisahkan pengorbanan yg telah dilakukan oleh nabi Ibrahim demi perintahNya dan agama,rela dituruti..ia juga mengingatkan kita erti kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

lau kat Malaysia,
xsemeriah kat negara Timur Tengah dia pyer sambutan..kan2?
tapi
ktorang as anak jati Kelantan memang sakan la raya..
korban or 'gobe' lembu..
si lelaki berhempas pulas melapah daging lembu
si perempuan lak bertungkus lumus 'mengoyok' bawang..mengiris timun demi menyiapkan hidangan buat santapan lunch bersama..

btw malas nk crita panjang..
lets enjoy diz pic!
buat kengkawan n sdara mara aku yg duk d oversea n xdpt braya di tanah air terchenta,dont sadis2 ya!
aku dah sediakan kepala lembu tuk korang ni..
nanti jgn lupa tuntut eh! hee

MySpace


*
*
*
*
*
*
lokasi: umah mok di Kg Panjang Banggu Kelantan


"jangan sedih2 ya Inchik Bu..baso dio doh hari ni hari ghayo gobe..mu keno la gobe diri sendri deh..sobs2(sambil mengelap air mata)"
-empunya tuan lembu mengucapkan kata2 terakhir-





"tarik!! Jangan lepassssss!"
oh! ini aksi tarik tali..eh silap! ni aksi time nak merebahkan Inchik Bu..tarik dat tali tu smpai cecah jalan raya..sebbek xde trailer..lau x smua dah jdi mangsa korban jalanan dah..

"sampai hati korang buat macam ni kat i..sedih tau!"
sesi nak rebahkan beliau amat payat bangat sih! nyaknyo ko dio..


perfect! setelah aku amati betul2, kami telah mengikuti kesemua rukun sembelih yg disyariatkan..:
1)penyembelih (ayah Ha): islam dan tidak berada dlm ihram atau haji..
2)binatang yang disembelih(Inchik Bu): halal dimakan,mati ngan sekali sembelih je, putus urat halkum dan urat merih
3)alat sembelihan (pisau): kena tajam!!! in order tamau bagi hewan seksa..
so..HALAL dimakan! dijamin oleh cik didi =p

melihat..menagisi..mentafsir..




okeih!! time to siat2 kulit nya..my siblings with my relatives together wif my neighbors. menunjukkan kegagahan dan keperkasaan masing2..


"letih nya..rehat minum air oren dulu! jomm!"

"aku nak cincang2 ko!! "-katanya abe yeen =p
"aku penjenayah antarabangsa! nak tangkapp??ohh no! nampak pisau aku ni..nak kena?!"- said pengganas Asyraf




"aksi rempit terbaru dan terhangat di pasaran!!"
nama perempit: Rem Husaini =p
haha
(oitt,jgn maraaa)



sesi pengagihan berlaku..
diagih kepada tujuh gie @ bahagian




sesi melepaskan geram berakhir....

let's makan2!!


ngap2! kami lapooo!



ni la kepala lembu yg aku nk adiah kan kat korang2 semua..ngeeeh2.jgn lupa tuntut!
SELAMAT HARI RAYA!!

*
*
*
*
*
*
**
***
NI ADALAH IKLAN DARI AWATIF TERCHENTA!



"mama..awatif lapar! tapi xmo makan daging sbb xde gigi..biskut lagi yummy2 ma!"

uitt..exited makan naaa

Awatif jalan2 nak tgk lembu..boh boh boh..

saya sudah penat dan ngantuk...


bye semua..Awatif nak tido...

hati2 makan lembu kambing hunta biri2..
jaga kesihatan!
zZZzzzzZz


Monday, November 15, 2010

aku pencinta yg setia! opsss salah! aku pendengar yang setia..

MySpace

rasa cam nk terjun hotel Hilton tingkat 30 je..



MySpace
rasa nk jadi pembunuh pon ada..
tp xde skill nk jadi murder berprofile tinggi cam kes jutawan kosmetik tu..
so,BUNUH nyamuk je lah yang mampu..


cik lawYer, jatuh hukum criminal tak if bunuh nyamuk? =p
(korang! tolong penyek nyamuk ni leh??geraaaammm.abis darah kita diderma tuk nya)

time bila agak2 nya korang jadi cani?
wajib la time ada MASALAH kn..

time ni, even sejuta tiga org yg berada disekeliling kita belum tentu diorang nk dengar masalah kita
"ko pyer prob,ko setel la sendiri"
"ko cari padah sape suoh?"
"oi,prob aku pon berlambak! nk tambah yg ko punyer lagi ke?"

ohh.ini ada ayat yang paling nk dijauhi..
org nk mengadu,kena sekat.baikk pendam jek..

adik2 sekalian,
jangan pendam!
nanti meletop bak Hiroshima kena bom laa
susah nk cure balik.amik masa bertahun lama..

susah kan nk jumpa org yg benar2 leh dgr probs kita ngn baik?
so pe kata korang blajar cane nk jadi pendengar yg setia..
nanti leh tolong diorang dlm kesusahan..
mana tau,one day diorang leh tolong kita lak an?


btw,since aku dah dkt 2 tahun amik degree kaunseling..sedikit sebanyak blajar ilmu tuk memahami manusia.manusia yg ada byak ragam dan manusia yg penuh keuinikan tersendiri..
dan
yang paling penting kami diajar tuk jadi seorang pendengar yang ikhlas lagi setia..

MAKA..

kali ni aku nk ajar korang lak cane cara2 nk jadi pendengar yg setia mia..nakkkk???
TIPS ni adalah hak cikpta terpelihara dan dijamin oleh SIRIM
ada masa,korang leh practice la..
kata nk jd pendengar setia..ha apa tggu lagi?!

FIRSTLY KORANG KENA APPLY ATTENDING SKILL~:

setiap kali nk tadah telinga dgr masalah org,kena make sure ktorang kena korek lombong emas dl..yela,jenuh la diorang nk ulang2 crita 2 3 kali..xeffective la canggitu.

THEN..

lau la ttb diorang muncul lpas korang lunch,nak2 korang makan petai or jering time tu, so..
make sure korang kumur ngn Listerin or kunyah gula2 getah cap bubblegum ke Clorrex ke..jgn lak clorox ! jenuh nati doktor nk menampal kulit pipi tu balik..

LISTEN ATTENTIVELY..

time diorang bercerita tu, korang pandang la mata dia..

tapi jgn lak wat muka toya gaya kucing ni kat diorang.nak rasa sup slipar croc boleh je..hehe.

cuba cek anak mata dia tu warne coklat ke,warne itam ke wane klabu asap ke..aware! make sure la warne anak mata dia tu bukan wane putih! lau putih, bwk dia g jumpa ustaz cepat2! kena rasuk dah tuuuu =p
andai kata la time korang tgk mata dia, tetiba ternampak taik mata dia..jgn lak tegur! kang kena penampar jepun free2 kang! abis la pipi diorang blushing mcm pakai ravlon plak! heee.

tujuan aku suh korang tgk mata dia coz orang kata dari mata turun ke hatii..so,diorang leh tau laa kita ni betol2 concern ngan masalah dia..cuba byg, lau dia asyik duk bercerita kita lak duk ralit bc msg,duk kemas katil,duk bilang cicak kat siling..nampak sangat la korang xikhlas plus borim tahap dewa dewi kat diorang tu..

last skali, RESPOND CORRECTLY..

at least korang angguk2 geleng2 la sikit2 tanda mengiyakan apa yg diorang cakap..pastu bg la komen ape2 yg patut..make sure korang aware ngn setiap watak yg dia cerita kan..senang nk nk bg tindak balas nti..contonya, dia duk sibuk crita blablabla sal mamat nama Ali..tetiba korang g komen sal DALI plak..xpasal2 kena chop buat watak sendiri plak..

lau korang bg tindak balas or komen secara baik dan memahami situasasi dorg..
at least terubat hati dia..walaupon kita just respon ngn senyum, je..tu akan bg kesan pyschologi kat diorang..menunjukkan kita ni memahami dia.kita bersama dia time dia memerlukan..we face it togather2 k? ;-)
nk respon efeective lagi??
korang nangis MySpacela ngn dia smapai lebam mata cam panda pon xpe..hehe..

ok! 3 skills je aku ajar tuk kali ni! ada umor panjang kita bersua kembali ngn skills2 yg lagi umpphh..


btw: semua madam2 n lecturers aku selalu pesan..PUT URSELF IN SOMEONE ELSE SHOES..
baru org respect



MySpace



cabaran kehidupan

Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni. Adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun, sentiasa ingat kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Syukur dan sabar; 2 rahsia kejayaan.

Aku melontarkan pandangan ke laur tingkap. Cuaca begitu terang sekali. Ramai sungguh orang keluar menikmati teriknya mentari. Kukira di Malaysia situasinya berbeza. Kita menunggu sang suria beredar barulah kita menampakkan diri. Benar kata orang, kita hanya menghargai sesuatu itu bila kita kehilangannya.

Ok. Kali ini ingin aku kongsikan perbualanku dengan Mr. X tempoh hari.

Kala itu kami sedang menikmati hidangan istimewa di sebuah restoran.

"Pelik betul manusia ni, asyik mengeluhhhh je," Mr. X memulakan bicara.

"Mm..biasa la tu..apa yang peliknya?" Aku menjawab.

"Keluhan tidak menyelesaikan masalah... malah melambatkan proses menyelesaikan masalah."

"Well... bagaimana kalau keluhan itu adalah sebahagian dari proses menyelesaikan masalah?" Aku cuba menghangatkan sedikit perbualan.

"Jika begitu, kita perlu lihat semula kepada sirah.. ingat Khabbab Al-Art?"

Aku menganggukkan kepala. Khabbab Al-Art merupakan orang yang meminta Rasulullah s.a.w. berdoa supaya dilepaskan daripada kezaliman arab Quraisy. Lalu Nabi s.a.w mengingatkan Khabbab akan betapa umat terdahulu ujiannya jauh lagi hebat daripada ujian yang mereka hadapi ini.

"Masalah ni takkan habis... masalah ini akan sentiasa datang sebab kita ini hidup. Bukan hidup-hidupan," Mr. X menyambung bicaranya.

Aku mengiyakan. Tidak mahu menganggu ucapan Mr. X.

"Kereta hanya ada masalah jika kereta tu bergerak. Kalau dok kat umah je, memang tak jumpenya lampu isyarat, polis semua tu. Yang penting adalah kita kena persiapkan diri kita untuk menghadapi masalah ini. Kita di sini untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk mencipta masalah."

"Setuju. Dan semakin matang kita semakin besar cabarannya. Cabaran membawa kereta tak sama seperti cabaran membawa lori," aku memotong Mr. X. meminjam analogi yang sama.

"Bagus.. Allah tidak akan memberikan sesuatu di luar kemampuan kita. Fikir dan zikir!" Mr. X menjawab sambil tersenyum.

Cabaran itu akan sentiasa hadir. Dan itulah gunanya kita, manusia yang dikurniakan akal untuk berfikir. Namun harus diingat, kata Hamka, hujung akal adalah pangkal agama. Akal ini ada hadnya.


sumber: iluvislam

Sunday, November 14, 2010

Jika Terakhir Buatku

Jika Terakhir Buatku






Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

ada apa pada tulisan

erm..
ada apa pada tulisan??
ada huruf la kan..
pastu ada info yg akan di trnaslate oleh hotak2 kita..

btw,mlalui tulisan korg leh tau ttntg sesorg gak tau!
guna ilmu tilik org secara diam..
kot2 korang dapat surat layang ke..surat chenta ke..
xke naya nk tau sapa pemlik nya..
nk cari jenuh la plak.pelusuk alam ni ingat kecik ke?
?
?
sapa leh baca tulisan aku ni cane???
aku ni type yg mn?
teka2..

sapa leh jawab aku bagi aiskrim cap itik yg harga less 0.50 sen..
korang leh berpandukan hint kat bawah ni..
selamat mencuba!



Pertama :
Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.·
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresifi
i. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.·
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua :
Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat·
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp·
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga :
Kecondongan
i. Condong ke kanan·
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasihsayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri·
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak sukacampur orang
iii. Tegak·
Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur·
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat :
Kerapatan
i. Jarang-jarang· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat·
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima :
Pada huruf J, G, Y, Zi. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna·
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna·
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam :
Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi·
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah·
Mudah berpuas hati, cita-cita rendahiii. Tengah-tengah· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


sumber : geng kaunselorku cik ruham ;)


p/s: lau korang nk tau korg tergolong yg mn satu,sediakan
  1. pensel 2b ke hb ke pen pilot ke pen carerra ke..xkesah jenama apa asal ada ink ;)
  2. sehelai kertas
  3. n last skali seungkap puisi aka pantun aka seloka..
pastu cuba la cari jwpan nya.. ;)

Wednesday, November 10, 2010

ini saya =)

salam and alhamdulillah..

"kak,boleh ke didi amik 21 creadit hour sem ni?"
"boleh ke maintain result nanti?"
"pack x jadual nti?"
(beberapa persoalan yang mencuakkan minda diajukan kpd salah seorang seniorku..)

"akak pon pernah je amik byak..Alhamdulillah boleh maintain result..subjek edu xrasa pack sgt.."

..alhamdulillah aku berjaya ikot kemahuan aku sndri tanpa terikat ngn sape2..
org lain ambil class Leadership,aku sorang2 amik Presentation Skill
aku sorang2 add Tilawah..


***********

"u need to perform a group consist of 5 members only"said madams
setelah ditimbang tara,
"yup im da one yg kena beralah kan?who am i to disturbs yours kan?yup i know where is my positions.."
gugur air mata dlm jiwa..

setelah memujuk diri
setelah menjauhkan hati..

"yes! who said u r not able to live alone?why u need to be veeeeery depends to others? believe it to urself la..diorg boleh,awak pon boleh kan??boleh je..but nk lalui bnda2 ni dri bergeng kpd sorang diri mmg la take time sket kan..so, whispered to myself,yup! i can.."

hidup lah anda sebagaimana diri anda sendiri..

TABAH
CEKAL

semua dah sebati dalam diri..
andai dilukai lagi
tabah dan cekal la wahai hati..

saya tahu hala tuju saya ,saya tahu kekuatan diri saya,saya tahu apa yang saya mahu..
dan saya tahu janji Allah itu pasti..

*********************
musim exam year2 sem1 :

8 papers dah berjaya di tangani penuh debaran
penuh emosi sampai terbawa2 diri
seram sejuk lumrah yg pasti terjadi

abis je satu paper,trus khatamkan satu novel pastu tido!
esoknya fokus kat next paper..fuh!!
xpernah2 dpt 2 papers a day! twice plak tu..
balik2 bilik mmg sah dah demam!
nasib la ada panadol penyelamat diri..

dekat board penuh ngan kata2 semangat!
"kejar full marks for UNGS!"
"kejar 40 marks for Group counseling!"
"kejar 30 marks for counseling skills!"
and finally after dah lepas semua papers ni..
tersengeh tersenyum kambing tgk board..
alhamdulillah..
dah buat yang terbaik dan sebaik mungkin!
semoga Allah memberi yang TERBAIK juga..

dan semoga aku redha dgn apa jua keputusan yg bakal diumumkan 6/12/2010!
dup dap dup dap


thanks Allah coz mudahkan segala2nya..
Thanks ummi coz xputus2 doakan anakmu ini..
Thanks teman coz segan silu layan aku time downn..

******
ya saya yakin dan saya pasti janji Allah itu pasti..
Disebalik kesusahan pasti akan ada kesenangan..Inna ma'al usri yusra..
dan
yang paling saya yakin, ikhlaskan diri dalam apa jua yang dilakukan..
walaupon pahit akan hadir jua secebis kemanisan.. =)



Thursday, November 4, 2010

kami ber-4




salam..
alhamdulillah..

4 papers dah lepas.. 4 out of 9..

sabtu ni lagi 2 papers followed by 8,10 n 13hb plak...

kali ni xmo cakap sal paper or xm..
nk bercakap sal mereka2..
mereka yg telah menceriakan hari ku..

mereka yg telah mengotnget dgn ku slama 2 sem..
mereka yg xpernah matured..hehe..

Rabiatul Adawiyah Muslim!
Nur Syahida Endut!
Nur Adibah Adam!


mereka itu adalah kamu...
mmmmuaah!!

btw nk ucapkan trima kasih kat korang sbb sudi jd teman dd
teman makan kat cafe
teman tido kat F4.3
teman kejutkan subuh
teman p pasar malam
teman study sama2..
yang penting teman BERPERANG mulut!


Buat Bie:
1st kenal ko time kat PJ dl..
pastu sama2 pegang jawatan dlm FSCC time kat Nilai..
then ditakdirkan dah 2 tahun kan kita sebilik??

ko penat x layan kerenah aku yg xcukup umor ni?
ko penat x layan aku time aku dingin beku mcm benua antartika dulu??
penat ke? sowi..

walaupon umor ko tua beberapa hari dari aku,tapi disebabkan badan ko kecik..senang aku buli2 ko! tambah2 suara ko yg xseberapa kuat..lagi la senang ko jadi mangsa aku..

ingat lagi tak satu malam tu..
time tu Ida n Diba xde kat bilik..tinggal ko ngn aku je dlm bilik..
aku bru balik meeting,tgk2 ko ngh layan movie..
hot jugak la sbb ko xlayan aku..
sunyi..
pastu aku dpt idea antar sms sal hantu pocong..
aku takot2 kn ko smpai la ko nangis ketakutan..haha
sowi beb aku xreti pujuk..nsib baik Diba n Ida balik tuk pujuk..heee
tu la ko.sapa suh jd budak kecik! heee
lain kali layan aku ni ha..bkn layan movie! =p

sonok tgk ko handle program..
kalut tapi wif ur FULL commitment semua clear kan?
tahniah...
thanks tau sudi layan aku ngn ikhlas..

Untuk Ida:
kenal ko time kat PJ gak..
clas English level budak2 tadika..
pastu pernah skelas Math 1 kan kat Nilai dl..

"Masa itu emas"~ kata2 motivasi ko time ko rushing study
"didi,tido kol bpa harini? kejutkan aku skian2 masa naaa" ~pesanan sebelum tido
"didi,tido!'~ arahan yg aku dpt stiap ptg..
ni la scene yg berlaku hari2 sepanjang musim xm ni..

sonok tgk ko study..
27 jam shari lekat kat meja..aku lak 28 jam shri lekat kat katil?
kontra gila kan..
satu je kita sama..
Geng Suara Kuat!haha

thanks Ida, ngan tunjuk study hard ko tu sdikit sbyak membakar aku pyer smgat tuk kejar scholar..nk jd cam ko jugak!

Dear Diba:

"Ibu ibu,diba kan blablablabla..."
dari hal negara hingga ke hal dlm kelambu pon ko xkan termiss gtau ibu ko kan?
sweeet dgr ko borak2 phone ngadu kat ibu ko hari2..hee

walaupon ko satu course ngn Ida which is Bacc n known as course plg Killer..tapi ko sempoi je..
time nk quiz time nk xm main redah je tgk movie..sama mcm aku! haha.xpe..
yg penting kita tau limit kita kan..n ko la supplier cter korea/taiwan/japan yg paling sejati! hee..ada stok baru nnti jgn kedekut lak nk share ngn aku tau..ingat tu!

sonok tgk reaksi ko time nama 'buah hati' ko disebut2..
btw bila nk gtau dia?
lps kerja??lmbt lagi la aku nk merasa nasik minyak ya..
lau dia tau kan,kompem satu uia ni banjir ngn air mata dia gara2 tgk kesetian ko ni..
hehe.
aku doakn yg terbaik buat ko ok..

and perkara paling aku xtermiss ialah: aku selalu je tido dalam cerah gara2 ko xtutup lampu tiap2 malam...ngaaaa.nasib baik ada bantal tuk aku cover mata aku ni.heeee..


korang!
thanks tau sbb sudi layan aku..
a sweeeet moment time kita makan2 kat tengah2..
Ida yg suka masak air,Bie yg suka bakar roti..diba yg suka letak stok baru..aku?? yg suka habiskan air dan mknan! hehe..

~respect korang sbb xinvolve ngn couple..nk dgr ktorng gayut??gayut ngn family je la..
~respect korang sbb focus dlm study..

sowi
sbb slalu kacau korang study..aku bukan pe,boring la sunyi2..n stress la tgk korang rajin sgt study..
sowi sbb xreti nk low kan volume suara aku time ckp phone ngn family..satu bilik blh dgr kan?? =)

p/s: sem depan sewa keta jom p picnic!
jgn lak xcayakan aku tuk drive..haha

dan xlupa jgak nk mintak maaf kpd kawasan kejiranan kami kat Nusaibah blok F terutama skali tuk budak2 bilik 2.2! selalu je dgr suara havoc kami kan??heee.sowi semua ;)


..SEMOGA UKHUWAH YG TERBINA HINGGA KE AKHIRNYA..







compartment aku! meja yg jarang aku gunakan coz slalu tidoooo zzzZZZzzzz ;)

Saturday, October 23, 2010

PERSONALITY


salam
subhanallah wabihamdih.subhanallahil a'zim.

PERSONALITY

ya tuan tuan puan puan..topik kali ni?
personality?
apa anda paham ngn maksud personality??
mengikut kamus CambridgeAdvance learner, personality ni membawa maksud: the type of person you are which is shown by the way
u behave feel and think

dlm bhasa simple, personality ni menggambarkan sapa kita..xkesah la dari segi tingkah laku ke..dari segi pemikiran ke or dari segi perasaan ke..tu smua
menunjukkan siapa diri kita..

disebabkan aku ni amik kos Counseling, so nak xnak mmg kena bljar la subjek 'bedah siasat' sikap2 manusia..
best gak once dah bljar cara2 kenal sikap manusia ni..
boleh baca org secara diam2..secara tak langsung blh deal ngn personality diorg secara wisely..

manusia tu:

u
n
i
k

macam mana uniknya DNA,begitu juga sikap manusia..
xsemua sama
xsmua serupa
semua ada kelebihan
semua ada kekurangan..

minggu lepas kami diajar untuk buat test untuk budak2..test ni namanya Personality Plus.
dlm test ni kita diarahkan untuk mengenal pasti yg mana 20 kekuatan yg kita kuasai, dan juga 20 kelemahan yg kita alami..
hasil nya, kita akan di ketogarikan kedalam Personality Plus Profile..
mengikut lecture dari madam kami: Madam Aziah Yunus:
biasanya manusia ada 4 jenis personaliti..
  1. Popular Sanguine
  2. Powerful Choleric
  3. Perfect Melancholic
  4. Peaceful Phlegmatic

SANGUINE
  • biasanya org sanguine ni bayak mulut..dlm bhsa sopan sikit mulut murai dan mulut becok..mulut tembus boleh jugak..hehe. diorang ni suka je bercerita..pot-pet pot pet sampai kering air liur..kering minum air then bla2 lagi..cehh.melampaunya perumpaan aku ni! =p
  • suka je buat lawak..dlm bercerita ada good sanse of humor..
  • emotional dan demonstrative.diorg ni cpt terusik.. so hati2 la ya kot2 tetiba diorg melenting n nangis xtentu pasal..ready la ngn tisu byak2 ;)
  • enthusiastic and expressive..cuba tgk time diorg bercakap: tgn kompem akan bergerak2..cuba teka sapa org yg plg bertenaga dlm berita TV3 ?????ha! karam singh walia la dear oi...bersemangat kan dia?! hehe
  • good on stage: lau bagi mikrofon kat diorg kompem diorg xkan lepas mic tu unless mic out of battery or black out =)
weaknesses:
  • coz suka bercerita kadang2 org sanguine ni suka tambah gula kdalam crita..hati2 ya..takut nnti kena diebetis ha susah nk cure..hee
  • susah nk ingat nama org.. ok ye,sapa2 yg nk jadi cikgu dan tergolong dlm sanguine, sila la apal nama anak2 murid anda baik2 ;)
  • disebabkan dia ni sensitive so diorg ni mudah marah..
  • disorganized.contoh paling senang nk tgk how disorganize nya diorg, cuba selak langsir bilik kawan anda..kemas ke x kemas meja dan katil dia ^_^ lau xkemas tu la dia org sanguine yg kita cari2 slama ini..ki9
  • Never grows up
  • naive, gets taken in
CHOLERIC

  • dilahirkan untuk jadi leader.. fuhh. suka arah2 org la ni ya? xlah..dia ada kelebihan tuk jadi seorg pemimpin..adil,organised mybe *_*
  • must correct wrong. lau nmpak salah je kompem dia nk betulkan..ciri2 leader gak ni kan?bagus btol si choleric ni!
  • strong willed and decisive. apa yg dia nak, komepm wajib xde sunat2 dia akan gapai gak impian dia tu!
  • independent and self-sufficient. suka berdikari dan xperlu bergantung kat org lain..
  • exudes confidence. sah! wat presentation dlm kelas kompen si cholerik ni xde rasa gentar =)
weaknesses:
  • bossy. disebabkan dia ni suka jadi ketua, so dia suka la mengarah2 ni..
  • impatient. xsuka tunggu org dan susah nk bersabar..
  • quick tempered. lau org dtg lambt, kompem dia ni akan marah kat org tu :P
  • enjoy conroversy and arguments.si choleric kan suka betul kan yg salah..so,by hook or by crook dia akan pertahanka ngn stand dia sendiri!~sesuai jadi lawyer ni ..cik shamila,anda tergolong dlm choleric kah??hehe
  • inflexible. andai kata hari ni dia dah tetapkan pukul 9 kena g library, ttba dpt msg ada meetingsusah sgt dia nk alihkan dri library ke meeting..xsuka org ggu jadual hidup dia. if ada pape, gtau awal2 baru la sng nk ubah.
  • is unsymphetetic. ohhh.dia susah nk kasihan kat org lain!


korang! didi dah penat nk huraikan.. 2 jenis personality selebihnya dd bgi key point je lah ea? ;)


MELANCHOLIC

  • analytical
  • serious and purposeful
  • talented and creative
  • appreciative of beauty
  • senstive to others
  • self-secrificing
weaknesses
  • remembers the negatives
  • moody and depressed
  • low self-image
  • has selective hearing
  • self-centered
  • too introspective
  • guilt feelings
PHLEGMATIC
  • low key personality
  • organised
  • easy going and relaxed
  • calm, cool and collected
  • symphethetic and kind
  • keeps emotions hidden
  • happily reconcile to life
  • all purpose person

weaknesses:
  • unenthusiastic
  • indecisive
  • avoids responsibility
  • selfish
  • to shy and reticent
  • too compromising
  • self-righteous
***************************

cuba teka didi dlm ketogari mn???
i have the combinations of personalities la..
stelah mengikira score test ni,dd tergolong dlm PhlegMel
phlegmatic and melancholic..

ohh
sebab xde hurain tuk ketogari ni saya mau mguraikan ttg dri saya la blh??
hahaha, promote dri sndri yg xsbrapa femess. xpe la kan? blog ni kan saya yang punya =)
lagipon from here,korang leh knal dd rite?
^_^
cehh.ada ke org nk knal??hehe

okeh.org mel and phleg ni yg plg ketara pada diri dia ialah INTROVERT
boleh la nk katakan dia ni pendiam..xsuka bercerita. s
ame goes to me too..aku ni,lau nk bercerita orally ke,mmg susah sgt2..unless la korang yg tanya soalan,baru laa dd bercrita..tu pon spatah dua je la..nk detail2 xpandai la..dan disebabkan introvert gak la aku punya blog..meluah kat blog je yg mmpu :P
benda ni dd amik sbgai kelebihan tuk dri sndri.. nk jadi kaunselor yg berdaddykasi kena la byak mendengar dan kurangkan berkata2..ni la hikmahnya knapa aku ada 2 telinga tapi satu je mulut kan? listening skills =)


keep emotion hidden??
wow!
tepat sekali..
tp sumtim ada je org leh detect emosi aku.
lau aku marah,aku xmarah depan2..xmarah blkg2..but most of the time,marah: aku suka diam,xbercakap..
lau marah tu dh tahap terlampau aku akn lontarkan kt best friend aku..tulis msg 2 pages and tggu respon dri dia.pastu aku ok la.dah xsimpan dlm hati dan dah blh ngam balik ngn org yg aku xpuas hat tui..

easy going and relaxed.
aku jenis xsuka memulakan persahabatan..tapi once org dah start menghulurkan, aku akan smbut ngn hati yg terbuka..first impresion bla org tgk aku,kompem diorg kata aku sombong! ngaaaa.tapi bila dah berkawan aku ni gila2 gak ler..

calm and cool lak too obvious la.
nak tau aku ni cool sgt2 sng je..cuba tdo kat blik aku!tgk cara aku g clas?
kelas kol 8.30, bangun kol 8.20! (tido after subuh gini la jadinya)
tahap2 kritikal boleh lagi jalan mcm siput nk g bathroom..
masuk klas lmbt 5 min still lagi boleh lontarkan senyuman yg menawan tahap giga kat lecturer! ampuuun ya madam2 =p
nk tgk aku ni calm sgt2 cuba tgk style aku study!
semalaman sblm xm baru la terkecoh2 hapal! lau x kompem la melayan korea melayan novel..teruk2..

all purpose person.
haa ni lagi satu.
dlm idup aku aku suka buat chart.buat 'list things to do'. tulis besar2 kat board..
stiap yg aku pilih, aku ada aim sndri..
then baru la aku follow list tu..

okeh! move kpd kekurangan diri plak la ya??
mmg suka avoid responsibility. aku kn jenis org yg xbrapa serius wat kerja, so slalu la aoid tuk dptkan tugas..tp once dah di assign tuk buat sumtim,aku akan buat, tapi wat last2 minit la bohbohboh.hehe

n aku akui,dsebabkan xsuka berpuak2 or bergeng2.. aku ni self-centered and selfish..
suka jalan sorang2..xsuka terikat ngn org..( unless ngn org yg aku gelarkan bff,aku blh la nk rapat)
ASAL AKU BAHAGIA..dah ada prinsip ni abis smua org di ignore kan.huhaa.
selfish aku terlampau ke??ntah...xde org tegur, so xtau la nk cakap apa..korang rasa?? ha! komen jgn xkomen ;)
disebabkan selfish ni gak aku ni susah nk simpati kat org..
ignorance!
alamak! cane nk jadi kaunselor ni cikgu didi oii?? empathy la plg susah nk build dlm dri aku ni...hoho.

remembers the negatives-->moody and depressed!
coz aku ni jenis yg suka fokus kpda matlamat, so aku slalu je pikir negatif..
contoh, lau dh target sem ni nk dpt dean's list,aku akan keep thingking:
"lau xdpt DL cane??"
"lau xleh score A cane??"
"lau scholar KPM dibekukan lagi cane??"
"lau cleh grad 1st class level cane??"

aku akan keep thinking n n pikir again and again smpai la aku streeessss.
bila dah smpai tahap ni mula la moody xtentu hala..bisu seribu bhasa.tarik muka spuluh inci.dgr lagu sedih2.pastu duk termenung..

aikk.
byak tol self-disclosure aku kali ni.
itu la saya
yang xseberapa

^_^

rasa2 nya korg tergolong dlm personaliti mn ya?
nk try test ni x?
do contact my num ya..n jgn lupa anda akan dikenakan bayaran nanti! haha.hantu fulus rupanya!

sebanyak mana pon anda mempunyai kekurangan..yakinlah! anda ada kelebihan untuk recover kelemahan itu..

"lau org bagi duit rm50 yg bru dikeluarkan dri bank,bau bank lagi..agak2 korang nk x??"
"lau org bagi duit rm50 yang dah nk terkoyak,dah 'lusuh' sangat2 smpaikan muka pak cik ensem kat kertas tu dah xnmpak, agak2 korang nk x??"

jawapan untuk dua2 situasi ni,lau dah ada org ofer korg duit walaupon dia baru or buruk korang still akan trima kan?

many times in our lives, we are dropped, crumpled and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way. we feel as though we are worthless, but no matter what happened or what will happen, u will never lose ur value..
THE WORTH OF OUR LIVES COMES NOT IN WHAT WE DO OR WHO WE KNOW, BUT BY...

WHO WE ARE!