“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”
“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”
“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”
“Janganlah ikut sangat perasaan…”
Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an.
Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.
Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham.
Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.
Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan.
Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.
Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012…
Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu.
Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.
Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…!
Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating…
Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan..
Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.
Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial.
Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata.
Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon..
"Abang.."
"Sayang.."
"Darling.."
"Muah muahss.."
Dari text "...dah makan, buat apa tu" kepada.. "....sayang tidur pakai apa.."
Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta, wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini...
Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan.
Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya.
Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.
Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal.
Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali… Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar…
Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal.
Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri..?
Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar… Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan…?
Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..
Mak dan ayah, kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan)..
Mak dan ayah, kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..
Mak dan ayah, inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan.
Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang…
Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.
ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina..
Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.
"Tiada terfikir, Terlintas Engkau akan tiba, Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas, Engkaukan membuka, Sempadan perasaan.
Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.
Pesta beribadah telahpun bermula Bersama tibanya Ramadhan yang mulia Rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya Nikmat Allah mengalir mencurah-curah Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah Tingkatkan amal dan mujahaddah Banyakkanlah berzikir dan baca Al-Quran Muhasabah dan sucikan hati..
Seluruh anggota kita semua ada peranannya Perlu dijaga di setiap tindakan Hati yang telah bersih dan berakhalak mulia Di sisi Allah tinggi nilainya Jagalah lidah dan tutur kata jangan sampai Mengumpat dan berkata-kata dusta Pelihara mata dan jagalah telinga Agar berbuat yang diredhoi Allah Langkahkan kaki menuju kebaikan jangan melangkah Ke arah kejahatan dan maksiat jika terhumban kekancah kehinaan Di dunia lagi beroleh pembalasan
kesekian kali kini bersua kembali menghidupkan blog yang sunyi untuk ditatapi berkongsi segala memori sepanjang sem ini yang akan pergi
************************* alhamdulillah.. sem yang hectic dgn segala mcm kerenah ditugaskan jadi PM program org asli betul2 menggugat hati.. tapi best! the best moment n first time handle program luar yang melibatkan belanjawan sbyak 9k..
thanks semua komiti,peserta dari 3 buah mahallah (Nusaibah,uthman,asiah),datin dan penduduk kampung orang asli palebar negeri sembilan atas sokongan kalian..thanks a lot!
third year nanti amik clas community service.. kne wat program again! katne ye tempat yg best tuk tabur bakti? any suggestion? :)
************************** stdy? mcm biasa pemalas tp struggle time final exam stakat ni alhamdulillah CAM ok.. thanks madam2 n sir2 tinggal dua papers lagi final xm
wish hope leh naikkan or maintain cgpa as before..
****** rindu aku yang dulu rindu dd yang dulu rindu saya yang dulu yang heartless yang cekal yang independent mn?? mn? pliz dd.. cari balik pe yang da tertinggal...
*************** saya+awak sama2 'bahagia' dengan cara kita tapi hakikatnya saya+awak sama2 'derita' kan? awak jom cari jalan pulang jom cari jalan yang benar xkuat? xmampu? nak seribu daya xnk seribu dalih kan? pliz dear.. doakan saya kuat! kuat lawan benda2 xpatut layan benda yang perlu je sori for being such a 'bad' one thanks a lot for accompany me all the time..
**************** mn awak? ku pohon andai diri ni xcukup sempurna tuk jadi sahabat kamu kawan xkan tinggal kawan kan? sahabat xkan biarkan diri sahabatnya sorang2 kan? saya tunggu kita yang dulu pe penyebab? from me? from u? from us? waktu yang lama bukanlah penentu sesebuah persahabatan yang penting keikhlasan.. sori coz xmampu jadi sahabat yang baik..
aku kecik hati!
ukhuwah kita, friendship kita xcukup kuat kan? its ok .awak pilih,saya ikot.
*******
aku amik short sem..insya allah! 5 credit hour je ingt nk wat part time tgk la cane2..
skarang da nk move ke tahun 3.. setahun lagi akan menganjak ke alam praktikal dan 2 tahun kemudian akan ke alam pekerjaan..
semoga aku lebih matured! lebih cekal!
***************
lagi lagi lagi 3 hari nak balik umahhhhh!!! rindu semua...!
wait for me k? adik jom wat kek! adik nak naik basikal baru leh? t pagi2 kite p round kampung eh!
awatif tunggu cik d balik yer.. t leh tatih nk dgr awatif bercakap tau..
rinduuuu
*********************
p/s: ok tu je celoteh setelah sekian lama ku menyepi.. any pic akan dd upload kemudian.. opsss! lupe nk ucap congrats n all the best buat teman FSCC ku: rahman barakallahulakuma n good luck xm t.. insya allah ktorg konvoi g umah rahman eh..kan shamila nordin ;)
******************* AGAIN N AGAIN! PLIZ BE A BETTER PERSON YE DD!
aku celebrate sorang2 je la sbb 'both of u' xde kat sini.. siapakah kamu??
serius!
sepmu : xlayak aku gelarkan kawan! sepmu :xlayak aku gelarkan teman! sepmu:xlayak aku gelarkan rakan!
sebab seorang kawan hanya sekadar berkawan tanpa pedulikan apa2 sebab seorang teman hanya akan teman kita tanpa perasaan sebab seorang rakan hanya ssekadar sahaja
sepmu hanya layak aku gelarkan SAHABAT! ye.. sahabat dunia akhirat.. sahabat yg bg sepenuh kepercayaan kpd aku sahabat yang selalu doakan kejayaan bersama sahabat yang sentiasa bersama ketika aku berjaya sahabat yang sentiasa sokong aku dlm byk prkara sahabat yang sentiasa bg kata2 semangat ketika aku down+keliru+emo sahabat yang sudi kritik aku tuk baiki diri hok 'keding' ini sahabat yang sudi terima baik buruk aku.. thanks a lot both of u..
Sha..happy birthday dear! again. xdpt sambut birthday mu taun ni..tp jgn sedih2 deh..anggap je aku join celebrate skrg ngn kawan2 mu..aku ada dikalangan diorng k..tp jgn terbyg sngoti plop..namo kei jd 'meroyan' gak parok aku nk bwk mu g spital..ops! terkecek kelamtam plop doh..hehe. beb,da brapa taun ya kita knl? since fom 2 kn? dulu2 boleh laa ku g Parkway after class b4 kelas tambahan g beli hadioh tuk mu..tp skrg,walaupon kita still duk kat benua Asia yg sama,bumi Malaysia yg sama..tp nk g bg hadiah tuk mu begitu susah wa payah la beb..even ada penghantaran Fad-ex ko Pos laju ko Pos express ko..aku xmmpu nk guna itu semua..hehe.btw da 21 ni still nk adiah ag ey??nk gula2 sposen dua ke nk eskrim cap itik je?which one?hehe..tuo doh mu dih. ingat ag jame kito dulu2..wei, ingat dop time fom 2..msa rehat,sokmo aku kirim donat 40sen ko mu suh g beli kat kantin..ye ar,aku mls nk g kantin sbb aku sokmo nok salin nota: nota sirah,nota feqah nota ayat hadis n sgala bagai.. doh aku malas sgt salin kat umah,trpaksa la gadai masa rehat,lagipon aku jrg2 je makan nasi..sapa sek mu gelar katku donat dih?ngeh3.. pastu lpas abis class kita sokmo balik naik bus skali..kalu xdop bus 23,mu naik bus 39 skali ngn aku dih..dalam bus gak duk wat tupak kulat basi..grunggreng grunggreng soro kito kecek so bus boleh dgr..haha.pastu aku la tokey nukang picit loceng yg setia time bus sampai depan Billion gak..pahtu tata ko mu..hehe.then aku jd pndengar yg setia dop? tiap2 kali mu ada skandal baru,msti aku akan update! haha.sampai skrg kompiuss ar 'diorg2' tu..skandal mu byk sgt.ngeh4.btw..umo da meningkat tuh..semoga cepat2 kawin dan dapt jejaka idaman kalbu ye..hehe.sya..tahniah! tahniah sbb dah berjaya tamatkan dip kat DQ..tahniah atas kejayaan mu..thanks sbb mu da buktikan kejayaan mu boleh kpd 'mereka2' itu..dan tahniah sbb mu berjaya survive kat sana slama 3 tahun..yg pnting lillahi ta'ala =) last skali tahniah sbb berjaya sambung ijazah..semoga kejayaan dan redha Nya sentiasa mengiringi mu sahabat..Insya Allah..again: happy birthday to u Aisyah Samihah Azlisham!
AM..oit.nama panggilan barukah?haha.nk bg wasiat apa ye untuk anda??mc cah aku da wish birthday n congrats..bday mu lmbt ag dih??xpo2..wish so pon jd ar kn..hehe.teruja aku dgr mu da 'berjaya'.serius! sapo xhappy saing dio berjaya dih?rasa mcm br marin mu naik flight g sano.raso br smlm jah aku holo bendo tu ko Im.tup2 mu da abis ngaji dih..tahniah2! (tahniah ni kali ko sjuto nam doh aku sero.ngaa) selamat pulang ketanah kelahiran lah nti deh..maye istiqarah sratus kali napok la tu jalan kebenarannya nk balik bilo..sak bimbe.erm..memandangkan entry ni bertemakan bestfriend, so aku nk ucapkn tq las atas sgala2 nya.tq sgt2 coz jd bestfrnd aku hok paling spotim didunia.kito saing buke staun duo doh dih?segala2 hal aku cito ko mu dari sebesar2 hal negara: harga gula skilo naik,sapa la ko skecik2 perkara:katak depan umah aku kena langgar lori pon aku cito gop ko mu..hahaha.even mu xbyak sharing cito,aku tetap gop bercrita sgala bgai kisah aku ko mu.espeseli bila tensen about tttuut tuh.haha.mu la pndengar setia..aku really2 hargai that..wink2.btw..semoga selamat lah segala2 nya nti..selamat menymbungkan plajaran xkira la mn2 pon mu pilih nti..sma ada uia ko (dua2 Im ado sini nih.aku pon ado.hahaha)UM ko UK ko UNIC ko,selamat menimba ilmu la sedalam mgkin nti =)
to both of u:
+moga ikatan ukhuwah kita yg dibina keakhirnya+
aku happy ngn kejayaan korang.. dua2 dah blh grad pasni.. cuma mghitung hari je kn?hehe.. doakn aku gak,nk grad jgk! =p
Deru ombak yang memukul pantai Sayu hati bila terkenangkan Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan Tanda ingatan tulus buatmu Moga abadi di sanubari Bersemi buat selamanya
Segala yang manis pasti ada pahitnya Begitulah jua hidup bersama Segala yang indah jadikan hiasan Segala yang buruk jadikan sempadan
Masih segar di ingatan ku sentiasa Kenangan menggamit rasa Tempuhi onak dan duri Itulah yang diharungi Janji yang telah kita bina Tetap kekal abadi
Seandainya dugaan datang menerpa Hingga dirimu terluka Usah ditangis hibanya Kerna aku bersamamu Mengubat hati yang duka Demi janji kita
Marilah suburkan kembali Hubungan dengan kejujuran Leraikan segala impian Buktikan dengan keikhlasan Moga persahabatan ini Mengajar erti kehidupan Dalam rahmat Tuhan yang Esa
dia yg tidak byk bicara. aku yg selalu xpuas ngn apa yg ada. dia yg menghulurkan wang sentiasa. aku yg slalu menghabiskan wang nya. dia yg tegas sekali sekala. aku yg slalu emo xtentu hala. dia yg xkenal erti putus asa. aku yg slalu menyusahkannya. dia yg paling cekal didunia. aku yg paling lemah di rasa. dia yg slalu dimakbulkan doa. aku yg selalu minta di doakan bahagia dia umiku tercinta. aku diriku tersayang.
ketiga2 happy days ni aku tujukan kepada umiku Puan Normah Bt Din..
terima kasih sebab jadi ibu kpd kesepuluh anak2 mu ini..
trima kasih kerana menghantar kami ke sekolah2 yg cemerlang untuk di tarbiyah..trima kasih kerana sabar melayan kerenah kami smua walaupun beberapa ketika kami ada menyakitimu..umi,trima kasih sbb selalu doakan kami..
tahniah umi, slepas abah xde kat dunia ni,umi tempuhi perjalanan idup ni ngan cekal..kami tau,kami sbgai anak2 xbyk memahami perasaan umi,apatah lagi nk mendalami jiwa umi sbb 7 tahun lpas kami msih 'budak2' aku hanya menangisi pemergian abah..xpernah skali pon menangisi kesunyian umi.memang aku akui,dl aku ni seorg yg sukar nk menuturkan perasaan dan ego melangit.aku xbyak bual bicara ngn keluarga.selalu jadi pasif.tp skrg,hidup berjauhan ngn family mmbuatkn prngai aku tu berubah skit demi sdikit..skrg aku mmpu jadi kakak yg 'sporting' tuk adik2 dan adik yg 'clueless' (sbb xmau perang mulut ngn si kakak).cume part nk jadi anak yg byak mulut tu..hard sket~~(but umi da masak ngn prngai aku yg stu ini)
tahniah umi sbb berjaya menjadi bapa untuk kami ms mula2 abah xde,pnah gak aku terfikir,ape nk jd ngn fmily aku nti?ape nk jd kat adik2 llaki aku?mmpu ke kami dgr ckp umi??ye la..da xde org nk tegas dan marah ngn kami stiap kali kami bergaduh.sbb umi xde la tegas sgt..nk kata lembut pon xla jgk.sedang2 je.ttapi mendidik xsemestinya dgn fizikal shja..rotan hya dgunakn pd tahp2 kritikal shja..pendekatan rohani itu penting.umi sgt kuat bergantung kpdNya.slalu bgun tahajjud sorang2.tu adalah rahsia kekuatan buatnya dlm mndidik kami.. sepanjang dia mmbsrkn kami,aku xpnh dgr umi mengeluh..tu yg mmbakar smgt aku,walau ape pon ujian yg berlaku..jgn sskali mengeluh.Allah xkn mguji hambanya lau kita xmmpu..
tahniah umi sbb berjaya menjadi guru untuk kami walaupun umi xbyak luangkan masa ajar kami satu persatu homework,ttp jasa n bakti yg umi taburkan tuk anak2 murid umi kat skolah terbalas secara adil kpd kami.alhamdulillah,spnjg yg aku lihat,kami adik bradik xde la lemah sgt dlm plajaran..ckgu2 skolah dah ajar sbaik mungkin,cuma pnyakit Malas shja yg mnebal dlm dri kami ni..but.alhamdulillah..
"Ya Allah Maha Pengasih..aku bersyukur sbb dikurniakan ibu spertinya,aku bersyukur kpdMu sbb memudahkan perjalanan kami.. rahmatilah umiku..bagilah ketenangan buatnya dlm menempuh hidup ini.jadikanlah kami anak2 yg taat kpd suruhan Mu dan panjangkan lah umur umi serta umur kami.bagilah kami kesempatan untuk berbakti kpd umi..
Ya Allah yg Maha Mendengar.. Berilah keampunan kepada abah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekalian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya
Ya Allah yg Maha Pemurah..berikan lah keberkatan kpd para guru2 krna mmdidik kami..permudahkan lah setiap urusan mereka.."
amin amin amin Ya Rabb.
p/s: terima kasih juga buat para pendidikku di Sri Abim Al-Hikmah (1996-2001) SMU(A)Maahad Muhammadi Lilbanat (2002-2006), Center for Foundation Studies IIUM (2007-2009)terutamanya lecturer department Econ, dan juga para pensyarah di IIUM Gombak(2009-till now) khasnya untuk lecturer Institute Education..semoga dd dpt mnjadi ckgu sebebat kalian..insya Allah :)
Setiap insan pastikan merasa Saat perpisahan terakhir Dunia yang fana akan ditinggalkan Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca Sayu alunan suara Cemas di dada lemah tak bermaya Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua Berpisah kita selamanya Kita tak sama nasib di sana Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih Rebah bersemadi sendiri Mengharap kasih anak dan isteri Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara Soal bicara terus bermula Sesal dan insaf tak berguna lagi Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya Yang tinggal hanyalah kanangan Diiringi doa dan air mata Yang pergi takkan kembali lagi
++andai.ku pergi dulu.halalkan makan minum ku.maafkan dosa zahir batin ku.tima kasih krna mendidik ku.trima kasih smua.live well or live hell.u choose.may Allah bless++
Jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut.
Sebaliknya jika jahat daging itu,maka jahat pulalah orang tersebut.
Daging itu adalah hati"
betul la kan
nak kawal hati ni memang susah.betul2 susah.Dan sangat susah kan
.betul jugak la kan.
iman tu ada turun naik nye.
time naik tu, nak pijak semut pon xsmpai ati.
tapi..bila skali da turun,jahat kalah komunis rasa.
tp ni komunis versi melayu yg baik sket la..jd pembunuh.pembunuh bagi segala jenis nyamuk.kejam kan?ngee..analogi yg xley pakai lgsung.
ni pe kes ni dd?
ntah la..actually ngah versus ni
ngah berlawan ngn perasaan sndri.
dulu jrg la nk layan msg sang lelaki.
nk kata heartless tu boleh la kot.
ade hati.tapi hati batu je .
tapi
skarang,
suka-suki n gediks je layan org yg xberkenaan ngn idop.
best sgt ke buat cni?
tak tau.
tapi makin jauh ngn Dia ada la..
so, lets we back to our fitrah la dd..
put ur concern to Allah. Get His redha first k.
jgn kotori kesucian ngn maksiat..
mmg la mula2 start ngn msg2 dl..lama2 ajak jumpe.next pe??huu.takut lak nk pikir.
makanya..
start from now,back to normal k dd. Be a 'heartless' girl.
ingat..
lelaki dan perempuan yg baik bukanlah yg memakai kosmetik islam atau pakaian bewarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat.
Dah rasa layak sgt ke nk cintan cintun ngn manusia??
cintakan Pencipta dan Kekasihnya pon xseberapa sgt lg..
ini kan plak nk men2 ngn manusia..
tapi kan org kata cinta itu buta.
ya.memang cinta itu buta.tapi lagi best kan lau apply konsep ni kat Dia.
cinta buta untuk Khaliq.''Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kpd Allah"(Al baqarah 2: 165)'
'Dan beruntunglah orang yg membersihkan dan rugilah orang yg mengotorinya' (As-Syams 91: 9-10)
tengok bukit after hujan trun,sambil lihat sang burung berterbangan dan memasukkan earphone ke dalam rongga telinga sambil layan lagu ni.bukan jiwang. tapi muhasabah dri sndri :'(
Menyingkap tirai hati Mengintai keampunan Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan Tiap jejak nan bertapak Debu kejahilan Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata Yang bisa memadamkan api neraka Andai benar mengalir dari nasuha nurani Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari Sebenarnya terlalu hampir Hanya kabur kerana dosa di dalam hati Telah ku redah daerah cinta Yang lahir dari wadah yang alpa Tiada tenang ku temui Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya Dambakan sebutir hakikat Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi Selagi denyut nadi belum berhenti Durjana syaitan kan cuba menodai Segumpal darah bernama hati
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku Leraikan aku dari pautan nafsu Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu Namun masihku mengharap ampunan-Mu Wahai Tuhanku.. Ya Allah..