Thursday, December 30, 2010

kelam kabut vs steady


alhamdulillah..

skrg dah rasa bahang2 'bz' tuk sem2 ni..
dah start wat assignment,
dah start kne baca semua jenis buku..
dah start wat discussion!

so jgn kelam kabut! stay steady n cool ya..!

buku2 yg wajib dihadam sampai hancur! nak2 part theory!! kak ziah dah pesan td suh cair smua theory...huaaa


semoga
saya,awak dan kamu tabah2 sentiasa ya!

dan
skrg gak duk sibuk training tuk University Sport Carnival..
as usual, aku join ping-pong..
ingat dah nk bersara,tgk2 junior pujuk suh masuk again..
so..
do our best ya for team nusaibah!

buat awak yg nk 'berlawan' ngn saya..
tunggu! ;)
tp for sure la kan sy kalah..
ustaz kata kne tinggal space tuk saya menang..skali pon jadi la kn??heee

yg paling mencabar,
kne wat proposal tuk group counseling
kne cari clients..
aku n my partner nik dipilih tuk lead as a first group!!!
ngaaaa
smoga sgalanya berjalan lancar
go go girl!!

~manage time wisely..
~slalu doa kat Tuhan mintak kekuatan, sbb Dia Maha memberi kekuatan..
~semoga terus tabah!
~NAK G AUSTRALIA!!

rindu sama budak ini!!!

~ 3 weeks to go! pastu leh la cubit2 budak ini..ok!

tuk korang
May Allah Bless us forever!

good luck!


Sunday, December 26, 2010

menjemput bidadari

alhamdulillah..
25-26 Dis 2010
weekend yg memenatkan..
tapi fun!
abis je program trus demam!
bergelak ketawa smbil mengambil iktibar dari cerita2 mereka..

join kursus kawin mmg enjoy!
nak2 tang ustaz wat lawak abis..bergegar otak aku ni ha duk gelak2
sampai sakit kepala dibuat nya..

byk sgt dpt input dari ustaz2 JAIS, buat hati aku meronta2
"nak kerja kat majlis agama boleh?"
"nak involve ngn family counseling"
"stuju sgt2!"
huaaa.
"tgk la,final year hantar resume kesana,tgk rezeki "

=)

dah ready ke nk melangkah ke 'alam' tu??
ntah..
byk ag yg kne pikir
lau stakat masak air tu pandai la..
lau stakat nk abiskan duet org tu boleh la..
tp
nak jdi seorg isteri,nk jadi seorang ibu..byak lagi kne blajar..byak lagi kene gali..

insya allah tiba masanya,bersatu la jua kan..

once dah kawen mawaddah wa rahmah tu pasti akan muncul..
hidup aman bahagia =)

ustaz kata kat smua org dalam hall
"sijil dah dapat,si lelaki leh la amik borang cepat2,dua hari je lagi leh akad terus."
heee
ustaz ni kawen koboi ke ape?
=p

xpe
xya rushing2
hormat kputusan parents
stdy lu smpai abis..
grad 1st class level..
kerja best2..
pastu fly g australia k?!
nak pergi!!
(opsss,pasport xjumpe ag ni..mn nk cari??sobssss)

lagu ni wujud dlm Versus..
suke dengar!
sgt2 suka!



"rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurratu a'ayun,waja'alna lil muttaqina imama"



Menjemput Bidadari:
( Epicentrum)



Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

p/s: sabar sabar sabar..syurga syurga syurga ;)







Friday, December 17, 2010

berpolitik

from here:

Dengan pendedahan WikiLeaks baru-baru ini, nampaknya bukan sahaja faktor dalaman, malah faktor luaran yang terkena masanya juga akan menjadi elemen penting dalam menukar momentum BN dan PR menjelang PRU-13.

Namun segalanya belum terlambat bagi PR kerana angin perubahan dan momentum politik kedua-dua belah masih boleh berubah secara ketara dalam masa 3 bulan ini bergantung kepada isu-isu semasa.

Untuk menang dalam satu-satu peperangan, adalah mustahak bagi seseorang itu untuk mengetahui musuh dia secara mendalam terlebih dahulu. Selepas itu, barulah seseorang itu menilai apakah senjata yang berada di tangan, dan bagaimanakah ia seharusnya digunakan untuk menyerang kelemahan pihak lawan.

Bab menyerang ini pula ada pelbagai cara, contohnya seseorang boleh menyerang secara depan untuk mengalih pandangan supaya pasukan penghendap boleh menembusi tembok lawan melalui pintu yang lain.

Ataupun seseorang boleh menghilangkan arah tuju serangan lawan dengan melakukan beberapa tindakan yang tidak disangka dan mengelirukan sambil menunggu peluang untuk melakukan serangan padu maut.

Segala strategi bergantung kepada kebijaksanaan penasihat-penasihat masing-masing.

Apakah serangan utama BN pada PR?

Rasuah dan berkroni?

Tidak, kerana ini akan terpalit pada diri sendiri kerana di dalam kamus rakyat jelata, perkataan BN adalah sama sinonimnya dengan perkataan korupsi dan kronisme, jadi isu ini tak akan dapat pergi jauh.

Penyelewengan?

Tidak, kerana ramai lagi Khir Toyo di dalam BN yang tidak didakwa, dan BN sendiri pun sedar, dalam pandangan rakyat jelata, mahkamah dan hakim ini ‘makan gaji kerajaan’ juga.

Kerajaan PR lebih teruk?

Lagilah tidak, siapa yang tak tahu kerajaan negeri kawalan mereka jauh lebih teruk. Tanyalah orang negeri Pahang, negeri Perdana Menteri, sehinggakan pemandu teksi pun kata tak dapat cari makan ditambah pula dengan harga barangan terus meningkat.

Isu PR mengkhianati Melayu?

Inilah satu-satu laungan BN untuk menakutkan orang Melayu daripada PAS, terutamanya. Namun isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan adalah senjata yang dihadiahkan BN kepada PR untuk mematahkan serangan ini.

Di sini, PR juga harus mengeluarkan satu manifesto – bagaimana orang miskin yang berpendapatan RM 2,000 di bawah akan dibantu sekiranya PR berkuasa di negeri-negeri PR, BN dan juga Putrajaya juga.

Isu mengkhianati Melayu juga meliputi isu Timbalan Perdana Menteri yang diolah Umno. Sebenarnya isu ini senang dijawab, PR akan wujudkan lebih daripada satu jawatan timbalan perdana menteri, akan tetapi salah satu jawatan itu akan diwajibkan kepada seorang pemimpin MUSLIM.

Isu kerjasama DAP-PAS?


Di sini, BN dan MCA balik-balik hanya akan menggunakan skrip lama isu negara Islam. Padahal mantan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kata Presiden MCA sekarang menyokong Ketuanan Melayu secara senyap-senyap lagilah menampakkan hipokrisi MCA dengan Umno.

PAS kerjasama dengan pemimpin DAP yang sanggup pergi penjara demi menjaga maruah seorang perempuan Melayu dan sekurang-kurang sanggup belajar membaca ayat Quran untuk mendekati pengundi Melayu walaupun mereka tidak dapat lagi menerima Islam sepenuhnya.

Umno pula sanggup bekerjasama dengan pemimpin MCA yang telah terang-terang mengaku berzina di dalam video dan sering kali menghina Islam. Jadi tak susah untuk PR membalas isu ini.

Isu Anwar dan PKR

Memandangkan banyak isu yang tidak boleh diserang BN, jadi apakah cara yang tengah difikirkan BN untuk melumpuhkan PR?
Tidak lain tidak bukan – pisau BN akan terus menghala ke Datuk Seri Anwar Ibrahim and PKR.

Mengapa?


1. BN yakin Anwar ialah ‘elephant glue’ untuk PKR, PAS dan DAP untuk bersama. BN juga yakin bahawa PAS dan DAP akan bercerai talak satu sekiranya Anwar hilang kredibilitinya.

2. BN yakin kerana mereka tidak nampak sesiapa pun di dalam PR dan juga DAP, PAS dan PKR yang boleh menggantikan Anwar buat masa ini.

Disebabkan keyakinan di atas, BN telah merumuskan bahawa mereka hanya memerlukan ‘satu projek’ saja untuk menumbangkan PR, iaitu asalkan mereka dapat menjatuhkan Anwar, PR akan lumpuh dengan sendirinya tanpa perlu mereka melakukan sesuatu.

Oleh itu, segala jentera yang boleh dicapai BN - media, polis, mahkamah dan pendakwaraya telah dikerah untuk memastikan ‘projek’ itu berjaya kerana tiada cara lain untuk menumbangkan sebuah pembangkang yang utuh kerana ketiga-tiga parti komponen yang membela antara satu lain dan tidak dapat dibuktikan oleh institusi di bawah pengajian mereka iaitu SPRM dari segi rasuah, penyelewengan dan juga kronisme.

Bayangkan betapa ‘frustnya’ BN dalam menghalang kemaraan PR.

Jadi bagaimana PR harus mematikan serangan BN ini atau sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan pada Anwar supaya PKR boleh bernafas dan memokuskan kembali kepada tugas-tugas reformasi?

Bertambah perit sekarang ialah, PR tidak boleh menafikan bahawa pemilihan PKR yang bising juga telah meluaskan ruang BN untuk menyerang Anwar dan PKR.

BN sedang menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menenggelamkan semua isu nasional seperti kenaikan harga minyak dengan melemaskan rakyat dengan berita negatif Anwar dan juga PKR. Dan secara jujur dinyatakan di sini, serangan bersepadu BN telah menyebabkan PR dan persepsi rakyat terhadap PR sedikit sebanyak bergoyah.

Namun seperti yang dinyatakan, segalanya masih belum terlambat. Berikut adalah cadangan-cadangan drastik untuk dipertimbangkan ketiga-tiga pihak.

1. Namakan pengganti Anwar secepat mungkin. Dalam erti kata lain, who’s second in command after Anwar in PR and PKR?

2. DAP dan PAS duduk berbincang dan selesaikan masalah negara Islam… sebolehnya –

a. Jika PAS dan PR mendapat persetujuan daripada rakyat, 2/3 majoriti di Parlimen dan persetujuan Yang Di Pertuan Agong untuk melaksanakan konsep negara Islam satu hari nanti, DAP akan tidak akan menolak cadangan PAS untuk melaksanakan dasar Islam yang dihasratkannya.

b. Jika tidak, PAS terpaksa pendamkan hasrat sehingga ia mendapat sokongan majoriti rakyat dan 2/3 majoriti di Parlimen yang yakin dengan konsep negara Islam yang dibawanya.

c. Sehingga hari itu terjadi, DAP tidak boleh membidas PAS atas soal perjuangan Islam, dan PAS juga tidak boleh membidas DAP atas perjuangan sekularnya dan kekal kukuh bersama Pakatan Rakyat sampai bila-bila masa.

Persetujuan ini harus didedah kepada umum.

3. Untuk PKR, puteri reformasi, Nurul Izzah Anwar harus dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang bagi pihak PKR di Parlimen untuk membahagikan tugas ayahnya di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.

Anwar harus dilindungi dengan cara berundur daripada menjadi ‘kepala pencetus isu nasional’ kepada perancang strategi PKR dan memperkukuhkan jentera pilihanraya untuk PR dalam masa 3 bulan ini.

BN hanya boleh menyerang pada pemimpin-pemimpin yang mencetuskan isu-isu di Parlimen, dan serangan-serangan pada Anwar akan diminimakan untuk tertumpu pada kesnya di mahkamah.

Dengan ini, PKR boleh bergerak dalam dua arah – satu menjawab tuduhan kes Anwar dan satu lagi menyerang BN yang diketuai Nurul yang jauh lebih baik berbanding daripada keadaan sekarang di mana semua tertumpu untuk menjawab serangan pada Anwar.

Isu PR sama seperti BN

Isu 2 kali 5 ini juga telah mengubah persepsi rakyat terhadap PR. Selain cadangan lepas untuk menonjolkan kelebihan PR berbanding BN menggunakan media baru PR, ada satu lagi cara untuk menunjukkan perbezaan ketara PR dengan BN iaitu dengan memecahkan statistik pengundi mengikut umur, dan bukannya kaum seperti yang suka diberikan SPR.

Di sini, PR mungkin kena melantik unit atau jabatan pilihanraya parti masing-masing untuk mengeluarkan statistik seperti di bawah:

Pecahan pengundi kawasan A versi BN dan SPR:

Melayu: 54.3%

Cina: 26.7%

India: 10 %

Lain-lain: 9%

Kepada

Pecahan pengundi kawasan A versi PR:

Umur:

55 ke atas: 15%

41-54: 20%

31-40: 30%

21-30: 35%

Semua parti komponen BN dipecah mengikut kaum, disebabkan itu SPR mengeluarkan data mengikut pecahan kaum.

Tapi di PR, kita menjunjung dasar masyarakat majmuk dan berbilang kaum di dalam satu parti – setiap kaum boleh memasuki mana-mana parti dalam PR, jadi PR harus menunjukkan perbezaan yang ketara ini dengan lebih drastik dari segi melihat statistik pengundi dari segi umur atau kategori lain yang lebih bersifat majmuk.

Cara ini juga akan dapat menonjolkan kelainan PR dari semua segi politiknya termasuk pentadbirannya kelak di mana soal kaum telah diabaikan secara tersendirinya.

Isu Third Force dan Zaid Ibrahim


Anggaplah Third Force sebagai kawan PR, dan PAS harus juga berkawan dengan Akim atau Kita, sekiranya betul Datuk Zaid Ibrahim akan mengetuainya. PKR tidak perlu berasa kecil hati dan harus berbesar hati dalam situasi ini kerana dalam dunia politik, lebih baik mempunyai seorang kawan lebih daripada seorang musuh.

Third Force yang diketuai Raja Petra dapat diserapkan sebagai satu komponen penyokong untuk PR dan penyengat pada BN sekiranya PR mencaturkan langkahnya dengan bijak.

Ya, PR mungkin terpaksa memberikan beberapa kerusi yang ditandinginya untuk Third Force, seperti PAS memberikan laluan untuk Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding di Pasir Mas, namun kelebihan daripada tindakan ini jauh melebihi keburukannya, kerana persepsi di mata rakyat akan berubah kerana PR akan dilihat ‘sanggup berubah’ demi mempertahankan rakyat daripada kerakusan BN.

Ingatlah, orang yang berjaya akan dapat melihat peluang di sebalik apa-apa kepincangan, sebaliknya orang yang akan gagal sentiasa nampak masalah di sebalik apa-apa yang berlaku.

Selamat berkonvesyen di Pulau Pinang. Selamat Maju Jaya.


*************************************************************************************

kpd sesape yg layak mengundi,sila la yer daftar mgundi cpt2..
satu undi SUNGGUH berharga!
ngundi tu satu tanggungjawab..
tanggung jwab tuk pilih pemimpin yg adil..
tanggungjwab tu satu amanah kan?

so..
jom gegarkan PRU nanti!!
(fuhhh bersemangat..!)


Monday, December 13, 2010

19.5ch

slm to all..

alhamdulillah..

sem ni akan dd tempuhi 19.5 credit hour..

chaiyook!

PUBLIC SPEAKING & CONTEMPORARY ISSUES 0.5
MORAL DEVELOPMENT FROM THE SOCIOLOGICAL PERSPECTIVE 3
INTRODUCTION TO MORAL PHILOSOPHY 3
COUNSELING LAB 2 3
PSYCHO-EDUCATIONAL & CONSULTATION 3
THEORIES OF PERSONALITY 3
ISLAM, KNOWLEDGE & CIVILIZATION 3
BAHASA MELAYU LANJUTAN 1


good luck tuk dak2 uia yg dah start sem baru..
n all the best gak tuk kengkawan yg ngah bercuti..
jgn bina lemak byak2 tau! haha
rajin2 nolong kat dapur ye..


=)



Monday, December 6, 2010

-1432-

Alhamdulillah
segala puji buat Mu..


SALAM MAAL HIJRAH!

berhijrah lah kerana Pencipta..bukan kerana benda yang dicipta..

jika anda seorang yang jahat,berhijrahlah ke arah yg baik..

jikan ada seorang yang baik,berhijrahlah ke arah yg lebih baik..

watever penghijarahan yang kita nk lakukan,pasang niat kerana Allah first..soon kita akan dapat hasilnya..


Dari Amirul mu'minin Omar ibn Al Khattab Dari Hafs telah berkata: " Aku Dengar Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam bersabda: " Setiap Perbuatan disertai dengan niat dan setiap orang apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya pada yang ia hijrahkan".

riwayat : Bukhari dan Muslim

******
semoga
saya
awak
dan
kamu

bersama2 berjaya menggapai azam baru..

all the best semua!!

*********
again!
Praise to Allah
sbb menghadiahkan aku rezekinya yg xterkata walaupun

sem 1 2010/2011 xsegah sem 1 2009/2010

aku jarang wat qiam,
aku xslalu puasa sunat,
xbuat solat sunat..
maathurat pon makin malas nk bc
quran?
selang shari bc..

tapi:
Dia masih melimpahkan rezekinya untuk aku..
Insya Allah..akan ku lakukan 'ia'!!!


result kuar arini
thanks God!
thanks to my umi coz xjemu2 doakan
walaupun sem ni sem paling 'taf'
dgn credit hour 20.5
dgn tugas2 MRC n subcom SRC
dd blh maintain kan result
alhamdulillah..
tapi
still kne kejar ag pointer!
nk grad ngn first class level t taun 2013 ni!
insya Allah..
semoga Allah permudahkan segala urusan..
chaiyyok!!

*********

kepada semua family members MRC Nusaibah..

catitan ini buat korang..

ikhlas dari dd..


thanks korang semua sebab yakin kan dd bahawa ngn join MRC, xkan jejaskan cgpa..
dd btol2 percaya!

ingat tak time MCLEAD dulu2 tu??
dd ada pas kan buku nota dd tuk korang tulis 'wasiat' tuk dd..
time tu org duk ceramah kat depan,kita duk 'chit chat kot kertas'
ingat lagi x?
time tu dd nerves dan cuaks teramat sgt..
sbb tensen ngn creadit hour yg byak..
tambah2 program tuk mahallah kita yg banyak..
dd risau sgt2 takot xley bhagikan masa ngn baik..

tapi..

korang
tetap xputus asa pujuk dan tulis kat dlm kertas tu
korang tulis yg positif2..
DAN
dd lega teramat!
lpas Mclead,time dd rasa down.dd belek balik n tengok apa yg korang tulis..
ALHAMDULILLAH..

thanks jugak korang sebab xjemu2 bagi tunjuk ajar untuk leadkan sesuatu program..
banyak,teramat banyak dan sungguh banyak benda baru yg dd belajar!

blajar jd Pm
blajar jd Apm
blajar jd Fc
blajar jd PC
blajar jadi Prep n Tech
blajar jd Pub n Pro..

dan
yang teramat penting..
dd dpt belajar mcm mn nak ikot arahan,nk bg arahan, deal ngn pihak atasan..
semua tu dd blajar dan still blajar..

dd mohon kemaafan..
dd akui,byak lubang2 yg xsempurna dari kerja yg dd buat..b'coz kengkadang i am a 'lacking' one..
tapi
korang yg keep remind me..dan ada yg smpai terpaksa buat tugasan dd tu(bcoz of my bad)
sory tau??
insya allah xkan berulang lagi..


kak zu: yang tegas tapi cool

kak fad:yang suke ngotnget ngn dd pasal Benz n abang =)

ira:yg xabis2 sakat suami kak didi tetapi setia ngn pen dia time meeting (setiausaha la katakan..)

kak dayah:yg slalu kelam kabut ttpi baik ati

kak teya:yg slalu blurr ttp ikhlas

kak wa:yg selalu positif dan rock xbertempat..oyeaaaah!!haha

kak ecah:yg slalu melaram ttp reti wat kerja

mas:yg??yang ape ye??yang ku cinta pada mu..haha.xah..yg slalu cepat touching ttp setia kawan

puteri:yg suke sakat org ttp sllalu bgi idea yg bernas

bie:yg slalu gelak xberhenti..tapi once dah dapat tugasan,"RELA KU DAKI TANGGA NUSAIBAH DGN PORTABLE YG BERAT!" RELA KU ANGKUT MAKANAN DARI AMEENAH KE NUSAIBAH BERJALAN KAKI MALAM2!~oitt,semua action ko ni diluar alam tahu x?heee)

nisak:yg slalu xjoin prog luar ttp setia dgn catering nya(ingat ag x,rela amik brg2 kat umah nisak time Nusfad tu?)


HAPPY JOIN :
mclead sama
new intake
bubur lambuk distribution
prog tuk brc
solat hajat
NUSFAD

dan teramat heppy time kat JENGKA!!

TERIMA KASIH SEMUA..
SAYANG KORANG!!
















Friday, December 3, 2010

..rasa itu..

Alhamdulillah atas semua kurniaan dari Mu..


rasa xpercaya!
rasa macam kilat je!
rasa mcm mimpi pon ada!

awak datang xdiundang
awak menapak xdiduga
awak hadir xterjangka

yup.
mulanya ingat awak main2
mulanya ingat awak acah
but
finally
011210
awak dah buktikan 'keberanian' itu..
terima kasih sangat2 sbb serius dlm hal ni

saya?
redha dan tawakkal..
b4 ni saya mmg doa byak2
smoga dipertemukan wif the right one yg betol2 'serius'
yg faham 'prinsip' saya.
Alhamdulillah u r the one. Insya allah.
DAN
saya akan tetap dan terus istiqamah untuk terus berdoa smoga segala2nya baik2..

untuk dapatkan yg terbaik,kita mesti jadi terbaik dulu kan?
sama2 kita tingkatkan ilmu dan amalan kearah itu..

doa tiap kali lepas solat..
solat hajat hari2..
puasa sunat if mampu..
qiam..

nk jadi terbaik!

jgn lupa..

pada DIA kita bergantung harap..

kita berdoa.berdoa.dan terus berdoa..

thank u Allah..

thanks awak

may Allah preserve and bless always!


(p/s: be ready,one fine day awak akan jadi imam)

=)