Tuesday, September 21, 2010

nk jadi budak skema blh?

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.




Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.



sumber: iluvislam!
**************

salam semua..
(do contact me via sms/call/ym only)
~saya dah tinggal 'itu'~
saya akan try yg terbaik
saya akan berusaha sedaya mungkin untuk berjaya
berjaya dunia, dan juga akhirat..

dunia adalah ladang tuk akhirat..
nak hasil nya?
tuai la sekarang..

*************

Sabda Rasulullah S.A.W ;

Ada 3 hal yang boleh merosakkan kehidupan, iaitu kikir yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan seseorang yang membangga-banggakan diri sendiri
(Riwayat Tabrani)

****************

p/s: entry kali ni xtau tema apa,so main bantai je ikot suka..
semoga ada manfaat untuk saya dan juga awak semua ;)
~jom cucikan jiwa kita yg dah berkarat berkulat berspora..
cuci pakai muhasabah untuk kearah Dia..
SELAMAT MENAMBAHKAN AMALAN SEMUA!
JOM JADI BUDAK SKEMA...IKOT SKEMA ALLAH DAN RASUL

ops! mcm pernah ku bca ayat ini..hehe..cilok dri kakak kesayangan


2 comments:

shamila said...

ikut skema Allah dan Rasul laa awak, ohh kakak, i pray the best for you, semoga terus tabah dan kuat, saya juga mahu tinggal itu jika diberi kekuatan dan sepenuh ketabahan, dalam banyak benda, saya terlalu sayangkan kawan-kawan yang sudah lama terputus jejaknya, saya terlalu sayangkan saudara mara yang kalau tak raya tak jumpa, apetah lagi yang sudah berkahwin dan beranak pinak segala, takkan nak buat macam orang muda, ym tak berhenti, sms tak ingat dunia.. antara 2 jalan.. dan antara banyak pilihan, saya sayang untuk meninggalkan kerana di sana penuh dengan mereka-mereka yang memberi kenangan..

masih tidak tinggal,
tetapi cuba untuk melimitkan..
tapi sunyi tanpa status dan gurauan bersama awak! :(

smile_starsz said...

ohh,ngak papa sih..awak tau limit awak kan?ok dah tu..cukup bagus! nti kang sgala anak pinak awak tercari2, ternanti2,dimanakah si minah ini,xmucul jua sehingga kini..
~saya xpentg tuk mereka2..terbukti! no body asking..ok,i take it as a compliment la blh? so,here is my way :)

waaah! awak sunyi tanpa status saya?ecece,gaya bunyi nk pow aku suh bukak blik ke apa ni?tgu hbs final xm la ek?kita bukak hikayat trough sms pon blh..tp still xsama kn? xpe2..ko wish je pape terbuku dlm hati,then kita bertemu d alam mmpi eh?hehe.

~tq 4 ur support! really2 terharu..n smoga istiqamah sentiasa,buat awak dan juga saya =)