Wednesday, January 27, 2010

^celoteh pilihan raya^

cane prk tempat korg?

ok ke x..?

btw congrats atas calon yg menang..

laksanakan amanah anda sbaik mgkin yer!


post kali ni berkenaan ngn isu mengundi

slmat mbaca!

aku amik dari harakahdaily.net

bertajuk: satira-undi anak muda


“Bum…..” bunyi tepukan meja menggamatkan keadaan meeting parti perkauman Negara Zimbabwe.

“oi… hampa tidoq lagi?” Dato’ Nazak, Presiden parti mula mengamuk.

Semua ahli meeting diam tidak terkata. Yang paling santai, ketua wanita sahaja. Mulutnya seperti bersiul, dan kelihatan sedang mengikis kuku.

”hampa tau tak... aku dah blur tahap gaban dah ni.. keadaan parti kita makin teruk dah ni..” bising Dato’ nazak.

”hampa tau tak? Isu nama tuhan kita dah lingkup. Isu bakar kuil, parti lawan dah tahu budak-budak kita buat” sambung Dato’ nazak lagi.

Tiba-tiba, timbalan Dato’ Nazak berdiri. Semua ahli meeting melihat ke arah Dato’ Sembab.

“kita kena fikir secara serius. PRU tak lama lagi nak berkunjung tiba. Saya dok nampak, macam kita nak terlungkup dah ni.. kalau kita terlungkup, habis kita.. silap haribulan, ramai di kalangan kita masuk penjara.. sapa nak tutup kita punya kes-kes rasuah dan penyelewengan?” ujar Dato’ Sembab dengan nada agak sedih.

Kelihatan Dato’ Nazak terangguk-angguk dengan apa yang diungkapkan oleh Dato’ Sembab itu.

“macam ni la Dato’” Ketua Pemuda parti Perkauman bersuara. Semua ahli meeting, berpaling ke arahnya pula.

”Saya berpendapat, dalam PRU akan datang, undi anak-anak muda akan mendominasi keadaan. Undi mereka penentu imej politik kita dalam PRU akan datang” sambung ketua pemuda itu lagi.

”dah tu.. takkan kita biar jer?” soal Dato’ Sembab.

”macam ni la Dato’. Apa kata kalau kita perguna budak-budak Univerisiti” Ketua Pemuda itu memberi cadangan.

Semua ahli meeting kelihatan berfikir sejenak, apabila mendengar kalimah Universiti.

“teruskan.. ia agak menarik” kata Dato’ Nazak.

“Universiti tempat anak-anak muda. Mereka penentu kepada keadaan politik negara. Jadinya, kita kena tengok undi mereka dalam Pilihanraya Kampus kali ini” Ketua Pemuda memberi penjelasan panjang.

“kalau pembangkang menang ke, kalah ke dalam Universiti. Apa yang untung dan rugi yang kita dapat?” Soal Ketua Wanita yang masih lagi mengikis kukunya.

”apa la Dato’ ni.. kita kena tengok mood dalam Pilihanraya kampus ini.. kalau Pembangkang menang pun, kita tetap untung juga..” balas Ketua pemuda.

”nak dapat untung macam mana?” Dato’ Nazak berkerut dahi bertanya.


”macam ni dato’, saya dah arahkan agar di semua kampus melaksanakan undi dengan cara elektronik.. E-Undi... bila kita laksanakan ini, mesti setiap undi, kita akan tahu budak-budak universiti dari daerah mana, negeri mana, umur berapa dan macam-macam kita boleh tahu.. bila kita dapat tahu, mesti kita akan dapat chek, mereka akan mengundi di daerah mana, dan apakah mereka mengundi pembangkang atau kita dalam PRU akan datang” Ketua Pemuda memberi penjelasan yang begitu panjang lebar.

Kelihatan mulut Dato’ Sembab agak muncung. Mungkin sedang berfikir.

“ok juga idea tu.. tapi, perlaksanaan E-undi ni, tak datang impak yang buruk ker?” Ketua Wanita bertanya.

“memang ada bantahan dari budak-budak tu.. kita buat pekak jer” sampuk Menteri Pendidikan tinggi negara Zimbabwe.

Kelihatan Dato’ Nazak berpuas hati dengan penerangan Ketua Pemuda Parti Perkauman Negara itu. kepalanya terangguk-angguk, seperti setuju dengan penjelasan tersebut.

”Ok.. kalau macam tu, on je la” arah Dato’ Nazak.

« baik dato’ » balas Ketua Pemuda sambil tersenyum.

Sekian. Wallahu ‘Alam.


Monday, January 11, 2010

..bisikan malam..


Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan

~unic~

Friday, January 8, 2010

DRAMA Tontonan Awam

ku rindu teman2 lama smasa kat Nilai dl..
teman2 a.k.a roomet yang 'kessok' blako..tinggal di dorm mmbuatkan hubungan kitorg rapat.rasa sperti keluarga besar.
sekarang.
hidup kat gombak,sume bawak haluan msg2.
nk jumpe pon pyer la susah.
kalau dl, naik jerawat sbijik pon dpt dikesan.apatah lagi isu itu isu ini.
tapi kini.
jerawat penuh muka sape yg kesah.
ada ke patut jrwat jd kes kat sni.perosak btol.
nk katanya,sume bz ngn kerja msg2..
************************

after habis class kol 8 mlm aku menuju ke cafe Hs tuk dinner sambil ditemani roomate aku, B.
di kpla aku,lpas ni nk pi dgr Taklim Ust Imran coz rmai yg msg menyeru aku mngikuti taklim tu..y not aku join gak..lg pon mlm ni aku free je. then around 9, aku n B blah dri cafe.mula melalui jalan yg benar dan yakin xakan sesat untuk mencari tempat taklim tu..ala xsampai sratus langkah pon dr cafe tu..
otw nk p cri vanue,ttba aku terdengar org memanggil..
"dd!"
"dd!"
dari manakah arah itu datang??
ku pandang ke atas.siling.
ku pandang ke tepi.dinding.
ku pandang lagi tepi,belah kanan..
ain!!!
salah seorg x-roomate aku yg suda dkat staun xjumpe w.pon berada di bumi uia yg sama.

tanpa menghirau kan keadaan sekeliling aku berteriak memanggil nama ain..
dalam masa yg sama,niat di hati mau menerpa kpdnya.
TETAPI.tanpa disangka2.
aku membelokkan lencongan n memeluk tiang yg saiz 2 kali ganda lbh bsar dari aku.tergamam.melekat d tiang slama 10 saat.
dd,what r u doing???
bukan peluk dinding la!! p pluk ain!!
ha????!!
tindakan sepenuh sedar mula mengambil tempat dlm dri aku.trus aku terduduk dpan ain sambil buat muka cuak.
ape lagi,bising la sketika..B kata,time aku buat action tu,ada foreigner duk tepon gune public phone,then pak2 ustaz muda nk naik moto n lalu lalang kat situ sume tercengang n tersenyum tgk aku.hahahaha.
ya allah.
malu gler2.da la tempat kejadian kartun tu berlaku area masjid. dan2 je ramai mamat kopiah kat situ.adoi.jatuh saham bumiputra aku..
aku pon xtau asal la aku p pluk tiang gedabak tu.confius.

***************

dulu pernah gak terjadi drama tontonan awam mcm ni.ms kat PJ.time tu makan kat cafe yg dpenuhi bro n sis.kawan aku bergurau ttg isu xspatutnye..pe lagi,on the spot je aku p hentak meja ngn tangan aku.trus sume org mghala muka arah kitorg.wiwowiwo.siren ambulan mula memberi signal ke otak aku.sebbek la aku membelakangi diorg.so kawan aku tu la dpt muka..kecian diorg :)
*************
berbalik cter ain tu,rupe2nya ktorg mau mnuju ke tmpat yg sma..mnimba ilmu.

kesimpulannya,aku ni jenis yg xley terkejut n jgn sskali buat aku ktawa or geli hati time duk kat public area..kalu nk dgr suara plakar n action luar petala alam sila la..overdose happy-go-lucky jd canni ler






Wednesday, January 6, 2010

mood yang membunuh

mood: assignmt melambak
action: group discussion lgsung xbuat lg
reason of action: aku bukan leader.

mood: ngantuk
action: zZzzzzZzz
reason of action: makan byk

mood: malas study
action: asyik layan internet + movie + chatting
reason of action: benda ni buat aku khayal ngn masa.tup2 da ngantuk.so ble nk study??

mood: home sick
action: telepon n msg umi
reason of action: nk alasan ape nye..da tu xkan nk telepon Rumah kot.rumah bkn blh ckap pon.

mood: keweca n kecewa
action: rasa nk konyok2 je notis tuh
reason of action: da lama aku mgharap,tup2 ditangguhkan!
(permohonan biasiswa perguruan ditangguh kan bg tahun 2010)
perlu ke aku apply ptptn???

"d!
berubah laaaa..
dont layan your nagative mood tu!"


mid-term menghampiri
cuti mendekati
sibuk mengejari
tabah dijejaki
aku lelaki....ek????
(nk msukkan pmpuan mcm xssuai lak ngn 'puisi' ni.hehe)



MySpace


Friday, January 1, 2010

::..faith..::



''Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yg lebih baik amalannya.."
(al-mulk:2)


dugaan.ujian.halangan.
sume ni Allah turunkan untuk hambanya tuk tgk sjauh mana iman kita..

adakah kita mampu mnjadi seperti Bilal Bin Rabah?
yang di ikat ditengah2 padang pasir yg membahang dan diletakkan batu atas perut oleh tuan nya semata2 nak convert agama dia.
adakah kita berdaya tuk jd mcm Sumaiyyah?
yang teguh mempertahankan keislamannya sehingga disula oleh Abu Jahal.
~tepuk dada tanya iman~

iman aku cne???
pantang dicabar terus goyah..
contoh yg pling dkat ialah
ms check result tuk final xm sem lpas,aku down sgt2 sbb xbrjaya capai target..
adakah usaha aku xmncukupi smpai dpt mcm tu??
susah nk apply konsep redha..
tapi aku try jgk..

doa biar dimurahkan rezki..
dan redha atas sgala keputusannya..(tu pon stlah dpt support dr kawan2)

then,minggu lpas tlh mrubah segala2nya.
xdisangka2. markah tuk satu subjek yg pnah aku ambil sem lpas tlh naik sbb madam re-check balik..
alhamdulillah..
aku da berjaya capai target tu.
kalau nk diikutkan logik,xmungkin CGPA kita akan berubah lpas result di keluarkan scra standardise..tp Dia Maha Berkuasa..
mengalir air mata ni sbb bersangka buruk dgn Nya..
astaghfirullahalazim..daif nya aku!

"..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.."
(yusuf:87)