Monday, April 25, 2011

Di atas hamparan sejadah suci


Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini

Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu

Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu

Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…

Hati hamba merasa hambar dan sunyi

Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati

Jiwa hamba kosong dan takkan berisi

Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui

Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari

Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI

Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari

Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi

Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni

Sujud dahi hamba mencecah ke bumi

Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI

Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi

Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…

Ya Rabbul Izzati…

Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??

Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri

Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani

Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …

Hamba amat mendambakan cinta dariMu

Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu

Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu

Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu

Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…


Sunday, April 24, 2011

He is never far away

mampukah?

slm


sekian lama
menahan rasa
gelodak jiwa
berkali2 mencuba

hanya mengenal erti

sebuah kegagalan

segunung kekecewaan

mampukah aku kembali?
mampukah aku pulih?
mampukah aku kekal?


janjiku
sering ku mungkiri
nasihatmu
sering ku pintasi


mampukah?
sampai bila aku mampu


"usaha la,sikit demi sikit. dri xbuat ape2 at least berusaha la. mcm panjat bukit jgk,nk smpai kt atas mesti la daki sikit demi sikit dl.."

"plisss"

"im begging u"

for u
for me
for us

2years more
c u

insya allah




BERUBAH

a

TUHAN..
AKU MAHU BERUBAH
TUHAN..
AKU INGIN BERUBAH

Saturday, April 23, 2011

seindah hari ini






>!best best best!

Friday, April 22, 2011

pelindung VS perosak

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?

Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikuttrend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena rejectsaja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another.Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...

Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)

Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.

Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.


sumber


~susah,sukar~sedaya upaya mencuba yg terbaik

Sunday, April 17, 2011

resepi trifle

Bahan2:

swiss roll cake,
5 sudu tepung kastard bancuh dgn air
susu cair 1 tin,
gula 3-4 senduk kecil,
1 paket jelly crystal (jenama nona kalau boleh)
koktel buah 1 tin.


C
ara2: potong swiss roll cake and susun rapat2 dalam bekas. pastu, dalam periuk, panaskan susu cair + gula + bancuhan tepung kastard. api jgn besar sgt, api sederhana. kacau kacau dan kacau sampai pekat, jgn tinggal takut dia berketul. bila dah pekat tuang atas kek, sampai ttp semua kek tu. then jelly tu bancuh dgn air panas. guna sudu, letakkan bancuhan jelly tu atas kastard tadi. then taburkan koktel buah tu atas sekali and ratakan.


p/s: jgn tuang terus tau jelly tu atas kastard, nnt berlubang, so better guna sudu. after dah habis semua tu, letak dalamfridge. tggu sejuk and keras sikit kastard tu


PASTU NGAP3!


SELAMAT MENCUBA.. =)



-thanks to my sifu: kak wa!

Thursday, April 14, 2011

have a nice day ;)

alhamdulillah
just reached at my luvly house

dpt main ngn awatif..!
syok!

sempena bday dia yang pertama
cik d bg hadiah toy orange-cat..
memula takut2 nk main
lama2
ok daa..

awatif da pandai berdiri
merangkang ngn laju jer

pandai da cakap dlm bhasa dia

da pndai sket2 kenal anggota badan..

makan nasi..

haaa

syokk!

boleh spend ngn family less than a month je ni
nanti da buat s.sem

ok..
to IIUM's student

selamat bercuti ya!

have a nice day korang!



****************
Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir





Monday, April 11, 2011

second-last paper for second year!

2 hari lepas cter air mata je
2 hari lepas bergelumang duka je..
2 hari lepas so emotional..

alhamdulillah
hari ni lebih baik dari semalam2..
thanks to org tengah..
kanak2 rebina mcm ni la..
kejap mcm tu
kejap mcm ni..
haila..
bila kami mau matured ye?
awak,bile ye?

=)


***********************


huaaaaaaaaaaaa!!

just finished my Theories of personality xm!

perghhhh

first time
pertama kali goreng sampai abis!
pestime xaready g xm..
tu la...


sape suh xprepare awal2..
da la gaps paper semggu..
tu pun xley nk score ke?
ntah...

da tawakkal..

nti dapat result gigit la jariiii
ntah..

kan da kata tawakkal..

ok...
semoga sukses ;)

esok
ada satu lagi paper
last
INTRO TO MORAL PHILOSOPHY..

again..

subjek theory!
huaaa

apal tau?!
jgn jd mcm arini k?
promise?

yer..

baik lah..

LAU CGPA TURUN CANE?
LAU RESULT DOWN CANE?

cantu la..

~sape suh malas!~

zero is hero

yeay!
esok xm!
lusa xm!

da tak de tempat nak manje2
da xde tempat nak ngadu2
its ok

i try to fix it asap!

a day!
a week
a month
even a years?

will us?


thanks for ur advice
thanks for the moments
thanks for everything

do pray for us
always

i'll be waiting for u!
insya allah


*******************

yayang shamila
i pon syg u berjuta2 lemon tau
opss!
berjuta2 rebina la..
hehee

dun wori..
i will be ok..

juz give me a time to cure myself..

and
and
and

i kembali aktif berblog =)

ngeee..

a'ahh..
"sama-sama kita perlahan-perlahan jadi perempuan yang baik..

untuk dunia, untuk akhirat.. :) mendapatkan syurga itu bukan mudah.. dan sebab itulah usaha kena bersusah payah di dunia ni.. :)"

thanks dear!

aku try untuk kuat k!



Sunday, April 10, 2011

kesekian kali

salam sayang semua!


kesekian kali
kini bersua kembali
menghidupkan blog yang sunyi
untuk ditatapi
berkongsi
segala memori
sepanjang sem ini
yang akan pergi

*************************
alhamdulillah..
sem yang hectic dgn segala mcm kerenah
ditugaskan jadi PM program org asli betul2 menggugat hati..
tapi best!
the best moment n first time handle program luar yang melibatkan belanjawan sbyak 9k..

thanks semua komiti,peserta dari 3 buah mahallah (Nusaibah,uthman,asiah),datin dan penduduk kampung orang asli palebar negeri sembilan atas sokongan kalian..thanks a lot!

third year nanti amik clas community service..
kne wat program again! katne ye tempat yg best tuk tabur bakti? any suggestion? :)


**************************
stdy?
mcm biasa
pemalas
tp struggle time final exam
stakat ni alhamdulillah CAM ok..
thanks madam2 n sir2
tinggal dua papers lagi final xm

wish
hope
leh naikkan or maintain cgpa as before..

ni link blog yang grup aku wat untuk clas theoris of personality


******
rindu aku yang dulu
rindu dd yang dulu
rindu saya yang dulu
yang heartless
yang cekal
yang independent
mn??
mn?
pliz dd..
cari balik pe yang da tertinggal...

***************
saya+awak sama2 'bahagia' dengan cara kita
tapi hakikatnya saya+awak sama2 'derita' kan?
awak
jom cari jalan pulang
jom cari jalan yang benar
xkuat?
xmampu?
nak seribu daya xnk seribu dalih kan?
pliz dear..
doakan saya kuat!
kuat lawan benda2 xpatut
layan benda yang perlu je
sori for being such a 'bad' one
thanks a lot for accompany me all the time..

****************
mn awak?
ku pohon andai diri ni xcukup sempurna tuk jadi sahabat kamu
kawan xkan tinggal kawan kan?
sahabat xkan biarkan diri sahabatnya sorang2 kan?
saya tunggu kita yang dulu
pe penyebab?
from me?
from u?
from us?
waktu yang lama bukanlah penentu sesebuah persahabatan
yang penting keikhlasan..
sori coz xmampu jadi sahabat yang baik..


aku kecik hati!

ukhuwah kita, friendship kita xcukup kuat kan?
its ok
.awak pilih,saya ikot.


*******

aku amik short sem..insya allah!
5 credit hour je
ingt nk wat part time
tgk la cane2..

skarang da nk move ke tahun 3..
setahun lagi akan menganjak ke alam praktikal
dan 2 tahun kemudian akan ke alam pekerjaan..

semoga aku lebih matured!
lebih cekal!

***************

lagi lagi lagi 3 hari nak balik umahhhhh!!!
rindu semua...!

wait for me k?
adik
jom wat kek!
adik
nak naik basikal baru leh?
t pagi2 kite p round kampung eh!

awatif
tunggu cik d balik yer..
t leh tatih
nk dgr awatif bercakap tau..

rinduuuu

*********************

p/s: ok tu je celoteh setelah sekian lama ku menyepi..
any pic akan dd upload kemudian..
opsss! lupe nk ucap congrats n all the best buat teman FSCC ku: rahman
barakallahulakuma n good luck xm t..
insya allah ktorg konvoi g umah rahman eh..kan shamila nordin ;)

*******************
AGAIN N AGAIN!
PLIZ BE A BETTER PERSON YE DD!

ALL THE BEST DEAR!