Tuesday, September 21, 2010

nk jadi budak skema blh?

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.




Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.



sumber: iluvislam!
**************

salam semua..
(do contact me via sms/call/ym only)
~saya dah tinggal 'itu'~
saya akan try yg terbaik
saya akan berusaha sedaya mungkin untuk berjaya
berjaya dunia, dan juga akhirat..

dunia adalah ladang tuk akhirat..
nak hasil nya?
tuai la sekarang..

*************

Sabda Rasulullah S.A.W ;

Ada 3 hal yang boleh merosakkan kehidupan, iaitu kikir yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan seseorang yang membangga-banggakan diri sendiri
(Riwayat Tabrani)

****************

p/s: entry kali ni xtau tema apa,so main bantai je ikot suka..
semoga ada manfaat untuk saya dan juga awak semua ;)
~jom cucikan jiwa kita yg dah berkarat berkulat berspora..
cuci pakai muhasabah untuk kearah Dia..
SELAMAT MENAMBAHKAN AMALAN SEMUA!
JOM JADI BUDAK SKEMA...IKOT SKEMA ALLAH DAN RASUL

ops! mcm pernah ku bca ayat ini..hehe..cilok dri kakak kesayangan


Saturday, September 18, 2010

cerita untuk esok..

ok!
just let him be..
yg penting,
aku kena jadi dri aku sndri..!

bobo la berangan..

ok didi!
sila bangun dari fantasi!
byak lagi kerja menanti..
sila la xde masa tuk pikir benda simple2 ni..

be strong ok!
mainan rasa biasa la tuh..

sila membuzykan diri dgn menyelesaikan benda ini..:

  1. name teg NUSFAD
  2. report moral phylo(bincang ngn B Tesl)
  3. slide tuk social work
  4. movie maker tuk ungs
  5. mid-term group counseling( baca smpai 6 stages)
  6. mid-term ungs
  7. test client tuk individual appraisal(buat report skali)
  8. tasme' tilawah
  9. informative speech tuk presentation skills
  10. update proposal ISED ngn mang
si la bertabah untuk minggu ini!
20-27 sept!

sapa suh enjoy sakan cuti..
merana la seminggu ni..

sila,jgn kacau saya..tq..

and one more..

sila jdi diri anda sendiri..
let him/her be..

plizzz!!

Friday, September 17, 2010

saya berwajah baru

caaak aaa!
selamat hari raya..
sempena musim2 raya ni,
aku hadiahkan baju raya tuk smile-starsz.blogspot.com
amacam??
xkn korang je kot ada baju lip lap..blog aku ni pon nk mrasa jgk..

stlh

staun,2 bulan n 2 hari,
kini blog ku berwajah oren..

aku mmg jenis yg setia ah..
dulu setia sgt ngn warna biru..
ada matahari atas tu..ingat lg x??
ala2 kanak2 tadika g2 =p

alang2 cuti berbaki sehari lagi,
so aku tukar la tamplet blog..guna yg simple2 je.

tema : oren!
asal nya nk cri biru gak,tp xjumpa2..oren pon ok gak an?
ku mau ceria!!

pe lagi yg berubah??
haa
lagu tema plak dulu Langkah Tercipta unic kn..
skrg rock sket!

standing in the eyes of the world-ella!

bikin naik semangat la sket..
musim2 sem ni gua begitu pemalas loh!
konon2 bila dgr lagu ella ni,semangat aku akan rock myb ;)

erm
mybe next year kita tukar lagi ek baju raya erk..
pastu cam biasa warna2 blog ni mesti la warna-warni: melambangkan pahit manis perjalanan idup..

n satu lagi,ingat nk buat banner blog,tp xterbuat2 lagi..
tgk ah,ada masa nti ambo buat =)


Thursday, September 9, 2010

perutusan raya ^^

Rayakan Syawal, jangan tentang usaha Nabi s.a.w.
Thursday, 30 Ramadan 1431
Perutusan Hari Raya Presiden PAS

Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).

Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.

Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.

Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.

Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.

Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SWT dengan menyebut ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut (maksudnya): “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.

Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah (bermaksud): “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan (bermaksud): “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Sekian.

Salam Hormat,

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

sumber :http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28572:rayakan-syawal-jangan-tentang-usaha-nabi-saw&catid=83:presiden&Itemid=127


____________________________________________________________________

salam aidil fitri semua..

mapkn sgala2 nya ya..

jemput la dtg rumah !


minal aidil wal faizin =)


Sunday, September 5, 2010

al-kesah shopping2

alhamdulillah
hari ni dah complete g shopping raya with my siblings..

bersama si kak long,hanin,asyraf and firdaus si adik2 ku..

fuh!
letih gler p jenjalan kat pusat bndar Kota Bharu
jenuh cari parking xjumpa2..last2 parking nun jauh dari kesibukan kota..
terpaksa la jalan kaki nk g mall..
manusia??
rmai dan banyak oooo
fenim kepala gua duk pusing2 kb..
dkt 5 jam gak ar melilau2 kat sana..
byk brg yg di borong!
heee

btw kt entry ni aku nk share sumtim berguna ah kat korang smua..
al kesah nya sblm memulakan perjalan ke kb td,
aku kne sound kat 'imam muda'..
aku baru je melangkah ke dlm kereta,tup2 dia bukak pintu then suh aku kluar!
"apa pkai cani ni? nk duk umah leh ar pkai cni.."
"cpt! turun g tukar" arah si imam muda kpda aku..

ngaa.
tp aku wat dumo je la..si driver dan imam muda itu meneruskan ceramah..siap kuar ayat lg..
" ku anfusakum wa ahlikum naara"
dan
aku tau ayat itu bermaksud
jagalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.

ngeee!
pe terjadi sbnrnya??
actually td aku xsmpat iron tudung..
so, grab je la tudung adik aku saiz M.
tudung ala2 tudung ibu Arini tu..
lpas kne ceramah,
aku terus tukar tudung ngn adik aku si hanin..(b4 g kb,amik hanin kat skolah dia coz dia ada clas tmbhn)
dia pkai tudung saiz aku..nsib baik ada dia sbgai pyelamat bangsa..haha.
on de spot tukar dlm keta!
heeee

btw!
tq to imam muda Ahmad Asyraf coz sudi menegur kakak mu ini..
wink2!

sayang kamuuuuu

kesimpulan : jagalah pakaian mu walau pon nk g pasar ikan sekalipun.. =)





Friday, September 3, 2010

ini rumah saya

yeay!
akhirnya selamat tiba ke teratak ijau milik kluarga ku..

jom2!
luangkan ms ngn fmily

to shamilan: i da smpai umah..jemput la dtg beraya ke sini.hehe

ok.penat ni.br smapai
nk tido dl...

=)