Tuesday, December 22, 2009

couple??

tertarik ngn satu post dari website ni..mau kongsi lah!




cinta kita, atas apa kita membinanya?

cinta kita, atas apa kita membinanya?

Ada orang yang dah berhenti bercouple. Saya, secara peribadi mengucapkan tahniah. Bukan mudah hendak mengikut arahan Allah SWT dengan mengenepikan kehendak nafsu diri. Saya, amat respect dengan orang yang berjaya ini.

Saya ketahui, masa-masa indah semasa bercouple pastinya membaluti hari-hari selepas meninggalkannya. Dulu bergayut-gayut dekat telefon, sekarang dah tak. Dulu keluar makan tengok wayang sesama, sekarang dah tak. Dulu sms-sms, sekarang dah tak. Jadi, mesti rasa ada kekurangan.

Artikel ini, saya tulis khas untuk anda yang telah berjaya meninggalkan couple, tetapi terbalut dengan 1001 perasaan yang mungkin membuatkan anda ingin kembali kepada perbuatan itu.

Bukan mengharamkan cinta

Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.

Rindu sangat

Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.

Ingat Allah

Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?

Kena serius la

Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.

Penutup: Teruskan kejayaan anda

Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.


Monday, December 21, 2009

being an athlete..fun sgt2!

3rd week sem 2 09/10

alhamdulillah..minggu ni aku jadi seorang atlit.
atlit mahallah Nusaibah(my hostel's name) je la..
msuk tournamnt table tennis n marching..
fuh!
fun n fun n fun!

xsangka taem Nusaibah dapat mara ke final tuk table tennis..
final tuk decide tmpat ke 3 n 4 pon jadi la..
at least dpt pglmn.
pglaman yg xley d beli ngn wang ringgit..

best sgt2 main..walaupon ktorg serius bertanding,tapi ktorg tetap enjoy..
dari buat strategi hingga la ke 'menyokong',kami ttp buat yg terbaik..
sume org bg kerjasama yg mmuaskan..
ktorg dpt tmpat ke4 dr 10.
alhamdulillah..
still dpt rzki dr Nya..

marching lak cane??
in progress..
lawan diz wed..
Nusaibah boley!!
xsabar tggu nk perfom ~~

bz ngn sukan..study aku hopfully x ketinggalan..
manage ur time wisely k dd!

lpas hbs University Sport Carnival ni,ssuatu sdg mnunggu diri ku..
da dpt assignment,kne bina group,kne present..n lastly kne hantr report!
back to normal ya..


...orait...


aku ditaklifkan tuk menyiapkan teg atlit..ni la hasilnya..tema itam putih je..

amik semangat dlm pasukan! sebelum lawan msti la kne berposing dulu :P
dari kiri: fiza,bita,najat,ira,dd -table tennis team from Nusaibah


our 'double' are struggling to strike the opponent from Mahallah Halimah


team hokey dtg tuk bg sokongan moral~~ thanks guyz!
last sweet moment from us.. University Sport Carnival 09'

Saturday, December 19, 2009

KEPASTIAN




Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah
~in-team~

P/S: salam takziah buat kak z n akram mukhlis sekeluarga..semoga kalian dpt menmpuhinya dgn tabah & redha..

Thursday, December 10, 2009

pohon hijau itu..



Pohon hijau itu, berdiri kaku, megahnya dicelah pohonan, ibarat lukisan hidup, tetap tegak dan kaku,

~pohon hijau itu diibaratkan umpama kehidupan kita sndri. walaupun kita berada megah di langit ketujuh skali pun, tapi tanpa 'sesuatu' itu pasti useless jgk~

pohon hijau itu,
tetap kaku,
lantas desiran kedengaran,
amat sayu dan sayu,
ia mula bergerak,

~sinar petunjuk dariNya kini mulai hadir dlm dri..of course kita akn berasa insaf n try tuk follow ikut Hidayah tu..memula tu mmg pyah nk adapt.tp lelama kita akan terbiasa la~


pohon hijau itu, tidakkan kaku lagi, beralun mengikut tarian bayu, pohon hijau itu melambai-lambai, beralun mengukir kehijauan,

~so skam,bila betol2 da dpt sinar keimanan tu, kehidupan kita skam da xmalap cam dl lgi..kita akan ikut path yg btol.. as Islam teach us in everything~

begitulah diibaratkan,
dunia dengan kehidupan,
bermulanya didaratan,
kini menuju ketengah lautan,

angin yang menderu,
datang tak menentu,
ombak memukul pelayaran,
apakan tergoyang keimanan,

~xkn ada nya kehidupan andai kata xde ujian..Dia xkn ssekali uji kita dgn ujian yg kita xmmpu memikulnya..Dia uji kita tuk tgk iman kita ni staraf mn..~

untukmu teman,
bajailah hidupmu,
sirami hatimu dengan keimanan,
dalam mencari keredhaan Tuhan,

~iman haruslah dibajai dgn amal soleh..seeking Mardhotillah is the most important for us as a khalifah~

Hati-hati teman meniti salju kehidupan,
nan rapuh bisa cair dan runtuh,
bersama angin lalu titipkan harapan,
agar terus tabah hadapi cabaran,

~walaupun sepahit mn kehidupan kita, tabahlah mghadapinya..pasti ada kemanisan disebaliknya~

bila kejayaan sudah digenggaman,
ingat-ingat teman kita kan pulang,

pohon hijau itu,

kini kaku,

ia tak bergerak lagi, ia pasti kan layu, gugur di taman ini

~bermulanya pertemuan,maka wujudlah pengakhiran..hidup pasangan nya mati. yup.dimana ada kehidupan..disitu adanya kematian..smoga kita bertemu di Jannah yg abadi i'allah..~

Sunday, December 6, 2009

@j@-@j@ fighting!

7Dis09

:a new sem with a new attittude:

stelah mghabiskan hari2ku slama 2 mggu bersma kluarga kat umah...
kini
aku kembali berjuang demi agama bangsa da negara..!
cewah..asal patriotik sgt ni??ngee~~

:a new day with a new behavior:

memandangkan result sem 1 tidak memuaskan,aku MEMANG PERLU berusaha ngn lbh gigih lagi..
bukan xbersyukur ngn pemberian Allah ni
tapi ,
still xdpt sasar target tuk dptkan Dean List..
aku positif kan dri,
"usaha aku xsehebat mn, mana mungkin Dia mau kasi ape yg aku nk"
"try hard lg dd..sket je lagi tu"

yup!
btol tu..sem 2 ni,
aku da tau mana kkuatan aku n mn klemahan aku..
so,postmoterm telah dibuat.

hasilnya:

1) jgn anggap subjek "sempoi" tu senang nk dpt A

2) lau soalan exm berbentuk MCQ(multipal choice quest)..be be be careful! ready for it ok..[sjak skolah mngah lagi aku lemah bab2 abc ni..kalo bg bentuk essey,boley la nk goreng ke nk kukus ke..]

3) group works is fun!
dd,dunt emo2 tau..u r nobody..pliz co-operate nicely..
lau emo2,pasni da xde tempat nk ngadu daa.. :P


add/drop session:

time aku nk add je..asyik2 dpt 'section closed'
pe makna tu?
makna nya..aku da xley amik subjek ni tuk sem ni sbb xde vacancy dh..
so,terpaksa la amik ape2 subjek yg available je..

so hasilnya..
must n need to learn diz subj:



1)STUDY CIRCLE 2 (SISTER)
2)MORAL DEVELOPMENT FROM THE PSYCHOLOGICAL PERSPECTIVE
3)ETHICS IN COUNSELLING
4)GUIDANCE AND COUNSELING PROGRAMME PLANNING AND EVALUATION
5)CAREER DEVELOPMENT
6)EDUCATIONAL PSYCHOLOGY
7)TOOLS FOR THINKING

7 subjects NEED & MUST score A!
insyaAllah..


*p/s*
gambar suka-suki je ni

kawasan kejiranan dipenuhi air..
membuatkan si katak mengambil kesempatan untuk membiak bersama geng diorg

benda yg aku xkn terlupa beli lau p supermarket..yogourt is yummy3!

disebabkan hujan..aku xbg diorg main kat luar..so,diz is indoor games! jom main vocable..!
1)my geng vocable: izzah(pinky one-my sis),najihah n luqman(my cousins),hanin n me(xmo masuk gambar)
2)first stage
3)second stage
4)finally..time ni si luqman xmo join sbb da surrender..