Thursday, November 10, 2011

11.11.11

cantik kan tarikh ni??


saje nk update blog sempena hari yg chantik ni..

(xde kerja btol)


hmmm

actually..

dulu
dulu
dulu-dulu la..

duk set tarikh ni as "sumthing"

tup tup
berlalu mcm tu je kan..

sbb tu org kate..

KITA MAMPU MERANCANG..
ALLAH MENENTUKAN

:)

btw..

SALAM JUMAAT!

;)


Thursday, October 27, 2011

=)

potpotttt..

mid-term
mid-term..!

oyaeahhh!


go go chaiyok!

semoga selamat
semoga bahagia
dunia
&
akhirat

^_^


Thursday, September 15, 2011

3rd year 1st sem

alhamdulillah

almost 4 days sem 1 3rd year bermula..

baru je beberapa minit yg lepas drop satu subjek..

dan sekarang total credit hour = 18.5

struggle!!

do my best!


T____T

biase la awal2 sem ni nk ngm ngn lect baru,subjek baru..asyik debo2 je..


****************************************

3rd year 1 sem

30 credit hour more to complete

satu sem lagi untuk tempuhi alam praktikal

dan 2 sem lagi perlu duk dlm kelas b4 internship

***************************************

sekarang,segala theori2 kaunseling kne expert

TAPI

dlm kepala otak ni, semua teori da hilang..
memang kene belek buku dulu baru ingat balik..


target sem ni:


#SELALU BACA PAPER

#BELAJAR DENGAN IKHLAS (bukan niat exam semata-mata)

#MANAGE TIME WISELY ( dpt homework tu,jgn la delay lama2..adjust discussion+meeting elok2)

#SELALU LA BUAT TAHAJJUD ( uwaaa..sape yg willing nak kejut aku kol 4 pg??lau xtido lg time tu,sudi2 la kejutkan cik didi ye..huu..)

#SE BUZY MANE PON..QURAN KENA HARI2 BACA..DHUHA JGN TINGGAL (solat rawatib n maathurat tu jd kan la amalan ye cik didi) -insya allah

# banyakkan ngadu kat Dia dari dia..

# xpe nk keluarkan air mata byk2..tapi WAJIB BANGKIT balik la lepas tu..highly motivated! jgn sia-siakan air mata yang tumpah..be strong in any situation..

# target yang paling besar: mcm biase..NAK GRAD 1ST CLASS LEVEL! NAK CONVERT PTPTN KPD SCHOLARSHIP! ya allah..permudahkan lah segala urusan ku..

****************************************


agak-agak kan,
aku ni mampu tak jadi kaunselor??

ade komen??

mcm xlayak je..

huu..


banyakkan practis k?

insya allah..

*****************************







Wednesday, September 7, 2011

hobi saya

..SALAM AIDIL FITRI...


cane raye?meriah x?

cuti best??

cuti sem da nak habis..da ready lom tuk stdy blik?

chaiyok guys!

cuti2 aku mcm biase..jg anak buah,tido,makan,tgk tv..
rase terisi bile ade budak..

hoho
plus
mempersiapkan diri ke alam dunia keibuan..

"lau dunia keisterian lak cane??"

jwpn nye ade pd pic di bwh :P








homemade choc..
enjoy buat choc ni..sbb senang dan x leceh!



homemade cookies..

haaa...
biskut2 ni tersilap percaturan..

asyik terlebih soda je..

len kali da xmo letak soda dlm biskut..







cupcake for bday my sis!


ooh memang aku akui aku xreti dan xkretif bab2 hias2 ni...



homemade pizza..

doh roti xnaik..

selidik pyer selidik

kne biarkan doh tu lame2..dlm sejam dua tiga ke baru la kaw2 lembut.

lau stakat biarkan 15 minit..yis xsempat nk beranak pinak :P






ni biskut confleks rangup yg dikisar halus..

GAMBAR DIAMBIL B4 BAKAR

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
SELEPAS BAKAR NI LA HASILNYE..

kemana bentuk love bentuk pokok bentuk bunga2 semua???



hahahaha

al terkejut la aku nengok hasill ni..


TERLEBIH SODA SUDEY....


Lps da godek2..tambah balik tepung..

kasi keras sikit..

pastu letak dalam cup..


tadaaaa...

confleks yg debab..hahaha..


yg ni kek coklat..

bukan kek coklat biase2 yg aku buat tuh..
kali ni disebabkan xde susu sejat
MAKA

aku telah menggunakan skill aci-redah-aku untuk guna santan!


ade ke org wat kek pakai santan??
lalalalala

pedulikk ape..

guna santan pon not bad ..

lbh kurang je rasenye..

cume,xley simpan lame2..

kang basi haa..

****

lagi..

da wat cheese cake

xsmpat nk snap gambo

cheese cake 1st trial aku hasilnya ialah


MASIN!


agagagaga

tersilap g beli cheddar!

huahaha

len kali..beli la philadelphia ..

okeh3..

lain kali la plak try..


********************************************************


pengalaman wat pastry ni mcm2

betol la org cakap

guru yg paling berkesan ialah pengalaman..

dan guru yang paling cemerlang ialah KESILAPAN..

kite bljr dr pengalaman dan kesilapan..

same je basic ngn masak2 ni..ade yg terlebih gule..de yg terlebih garama..kadang2 ade yg tawar..da ikot resepi..tp still xbrpe nk menjadi..

jgn luntur dek komen org2..
amik komen yg membina..komen yg menjatuhkan kita tu..buang jauh2..

xpe..

yg penting..usaha..jgn pernah putus asa..

lame2 da xpayah da ikot buku resepi ke..resepi enchik google ke..

semua dah dalam tangan..


bagi aku..

duk dapur,ialah salah satu terapi ..bosan2 cari la dapur..terapi untuk asah bakat..terapi untuk hilangkan bosan.. and at the same time..leh kenyangkan org..

ade setengah orang,diorang suke menjahit..

tapi aku fail bab2 jahit ni..tangan xde seni org kate.. :P so masak je lah yg reti sikit2..


************************


aku minat masak bab
# dessert mcm >kek,puding, koktail
#western mcm >macaroni bakar/goreng,spegetti
#goreng2 based mcm>sayur goreng, ayam ikan daging.mee.kueytiow kungfu,hailam n adik beradik beliau. masak merah dan bla bla bla

tu je la..


yg aku TAK minat
#masak lauk based on santan!

agagagaga..bile la si dia leh merase gulai aku??haha
xsuke masak yg ade santan sbb cik dd xsuke makan bnda2 berlemak..

hohoho

xpe2..
akan ku cube untuk masak ea..

aim:

#gulai2
#percik


okei..


"buat sang wanita disana
tambatlah suami anda dan ikat lah perut mereka untuk makan dirumah..bertambahlah sayang.."

haha..gurau je..


pape pon yg anda buat..niatkan lillahita'ala..

;)








Sunday, August 14, 2011

jom masuk dapur! =)


Resipi untuk buat icing cupcake atau kek.

Bahan-bahan ( utk kek dlm 20cm atau 30 pcs cupcakes )

1/2 cwn shortening
1/2 cwn butter
(kalau nak warna putih, guna 1 cwn shortening, tak perlu butter)

1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar susu segar atau air. (Kalau guna susu segar, kena pastikan kek disimpan dalam peti sejuk dan dimakan segera. Kalau nak tahan lama, guna air sahaja pun boleh)

Cara-cara
1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan butter dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.

2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan susu segar atau air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.

3. Masukkan pewarna (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu.


sumber


RESEPI CUP CAKE

Bahan-bahan ( 20-25 cup sederhana )

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

1 1/4 cawan tepung gandum

1 cawan (2 sticks) butter-suhu bilik

2 cawan gula

4 telur saiz A

1 cawan susu segar

1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

campurkan kedua2 tepung, ketepikan.

pukul butter hingga berkrim, masukkan gula, pukul lagi.

masukkan telur satu persatu, pukul. masukkan tepung dalam 3 bahangian diselang selikan dengan susu n esen.

masukkan dalam cawan kertas n bakar selama 20-25min.

biar sejuk n hias ikut suka

Thursday, August 11, 2011

mak..saya nak nikah..

Mak...saya nak nikah...


“Susah sangat ke nak jaga hati…??”

“Kenapa tak sabar tunggu hingga habis belajar…??”

“ Tak payahlah selalu contact dengan lelaki tu kalau hati tak tenang..!??”

“Kan selalu ikut program agama, takkan boleh terjerumus maksiat….!??”

“Orang lain bercinta juga, tak lah sampai nak berzina…!??”

“Janganlah ikut sangat perasaan…”

Mungkin ini adalah antara dialog luahan-luahan mak ayah kita bila saatnya kita menyuarakan keinginan untuk bernikah di usia awal 20an.

Lantas kita merasakan ibu bapa tak memahami ‘situasi getir’ yang kita hadapi dalam era moden dunia tanpa sempadan.



Ya, memang ibu bapa kita kebanyakkannya tak faham..kerana kita juga tak berusaha untuk faham apa yang mereka faham.

Yang mak ayah kita faham, kita masuk universiti untuk belajar. Dan belajar. Dan belajar. Hingga dapat segulung ijazah. Kemudian dapat perkerjaan yang menjamin masa depan.

Kemudian berkongsi sedikit kesenangan dengan adik-adik dan famili. Kemudian, silakanlah merancang untuk pernikahan. Waktu itu, tenangnya hati mak ayah kerana kita telah ada pendapatan bulanan. Mungkin ada juga sedikit wang simpanan.

Mak ayah kita punya harapan dan perancangan sebegitu kepada anak-anak kerana MUNGKIN mereka membandingkan zaman pergaulan kita dengan situasi muda mudi zaman 70an dan 80an.

Sedangkan kita di ‘era depan’ 2010, 2011, 2012…

Kita tidak lagi di zaman public phone, perlu ada syiling yang cukup untuk meluah perasaan mencambah perasaan dengan ‘teman tapi mesra’ itu.

Kita tidak lagi di zaman mengutus surat menyatakan rindu sayang, jika bersurat, rasa rindu dan sayang hanya sampai kepada si dia setelah jiwa bergelora kita menjadi reda.

Komunikasi yang terbatas waktu dulu tidak memungkinkan perkenalan sebulan dua membawa kepada keinginan yang dasyat untuk berzina…!

Kita bukan di zaman perlu menunggu dan menaiki bas untuk keluar dating…

Kita bukan di zaman mengintai dari jauh buah hati yang sering diingat-ingatkan..

Namun, kita berada di zaman yang amat sukar kita tewaskan segala dugaan dan godaan, dengan lemahnya jiwa dan perasaan.



Mak ayah nampak macam kita menjaga pergaulan lelaki dan perempuan, namun hakikatnya saban waktu kita berdekatan lelaki dan perempuan, dengan terciptanya handphone, laptop etc di samping berkembang majunya cara berkomunikasi dan laman sosial.

Mula dengan saling berkenalan di alam kampus atau luar kampus, di alam maya atau alam nyata.

Ada handphone, boleh call dan sms berjam-jam melayan suka dan cinta yang mekar tumbuh di jiwa. Bila semakin rapat, boleh bermesra hingga menimbulkan keghairahan hanya melalui telefon..

"Abang.."

"Sayang.."

"Darling.."

"Muah muahss.."

Dari text "...dah makan, buat apa tu" kepada.. "....sayang tidur pakai apa.."

"nanti call kejutkan bangun tahajud ya.. abang nak dengar suara sayang.."

Perasaan orang muda bertali arus dengan gelora cinta, wahai ibu ayah, kami tidak ada kekuatan menepis semua ini...

Kalau smartphone, lebih canggih dugaannya untuk menjaga kesucian hati dari segala kemudahan bercinta terhidang depan mata, hanya di telapak tangan.

Dulu ada komputer hanya untuk menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sebaiknya.

Kini ada laptop atau komputer peribadi dilengkapi internet yang menjadi wasilah penting untuk mempertaut hati.

Pilih saja broadband yang bagus atau streamyx.. YM, facebook, twitter dan segala jenis social network ini melajukan curahan perasaan hingga tak mampu dikawal.

Curahan perasaan lambat laun membawa kepada bertukar-tukar gambar sendiri tanpa pakaian atau minima sekali… Gambar-gambar kaku kemudiannya dipanjangkan pada video sebenar…

Mak ayah mungkin tak faham dengan kewujudan video calls yang membolehkan bercinta bukan dengan hanya dengan pujuk rayu mesra, malah ada kebebasan untuk mempamerkan keindahan fizikal.

Dengan web cam yang jelas gambar dan cantik skrinnya, sendirian di bilik rumah sewa dan asrama masing-masing, siapa yang melarang untuk tidak membuka tubuh pada kekasih seperti malam pertama suami isteri..?

Tidak perlu menunggu bas untuk dating, si dia yang punya kereta bersedia mengambil dan menghantar… Di jalan-jalan sunyi, siapa yang kuat untuk tidak ringan-ringan sewaktu cinta kasih meluap-luap memenuhi perasaan…?

Jika di taman-taman dan kawasan peranginan jua jeram tak ada privasi bercumbu-cumbuan, siapa yang melarang untuk check-in di budget hotel RM9.90 semalam yang makin banyak di sekeliling tempat belajar dan tempat kerja kalian..

Mak dan ayah, kalaupun kami tak berpacaran, di jalanan banyak perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang hingga jiwa kami menjadi resah gelisah.. (ya, ia kesalahan kami tidak merendahkan pandangan)..

Mak dan ayah, kami tidak mahu terlibat dengan pacaran, namun teman-teman sekeliling banyaknya yang dah 'berdua', kami teringin juga sepertinya..

Mak dan ayah, inilah zaman yang kami berada di dalamnya. Tidaklah kami sekadar menyalahkan zaman, namun kami mencari alternatif menguatkan jiwa dan perasaan.

Kami ingin bernikah, bantulah kami menjaga sekeping iman dan akhlak yang makin hilang dengan segala kecanggihan hidup yang datang…



Kami ingin bernikah, bantulah kami berumahtangga agar pengajian berjaya diteruskan dan rumahtangga dipelihara dengan matang.

ALLAH berfirman, “…jangan dekati zina…” namun ke manapun kami berpusing, kami seolah-olah terlalu dekat dengan zina..

Kami akui kelemahan kami, kami akui kesilapan kami, bantulah kami mencari kehidupan yang suci dan tenang.. Bantulah kami untuk terus di atas jalan kebaikan.




********************************************************

T___T

betapa kerdilnya diri
bertuhankan nafsu..

astaghfirullahal a'zim

permudahkan lah..jgn Kau susahkan..



Friday, August 5, 2011

2STEPS




*bukan senang nk ke sejadah cinta


**tak susah untuk ke arah Nya


***istiqamah kunci untuk berjaya



Kita perlu dua langkah untuk masuk syurga. Langkah pertama ialah memijak nafsu, manakala langkah kedua kita terus sampai di syurga..

ALL THE BEST SEMUA!